KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki utama negara Ng Tze Yong teruja dengan kemungkinan bertemu bintang Taiwan Chou Tien Chen dalam pusingan kedua Masters Malaysia 2022, esok.
Ini kerana, menurut Tze Yong, beliau jarang berpeluang menentang pemain badminton ternama dalam kejohanan yang disertainya sebelum ini.
Pemain nombor 48 dunia itu terdahulu membuat kejutan ketika menentang pemain pada tangga ke-31, Brian Yang, 21-15, 21-15, dalam pertemuan sulung mereka pada pusingan pertama kejohanan tersebut di Axiata Arena, di sini, hari ini.
Mengulas aksinya hari ini, atlet berusia 22 tahun itu berkata beliau berpuas hati dapat memberi kejutan kepada pemain Kanada itu apabila beliau mendominasi lawan dari mula hingga ke akhir untuk akhirnya memenangi perlawanan.
"Saya rasa bagus permainan saya tadi sehingga dapat buat kejutan ke atas Brian, harap esok lebih konsisten," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Sementara itu, pemain senior Liew Daren sekali lagi terkandas pada pusingan pertama, apabila tewas kepada pilihan kelapan Ng Ka Long Angus dari Hong Kong, 17-21, 15-21.
Pada Terbuka Malaysia minggu lepas Daren tewas kepada perseorangan India H.S. Prannoy 14-21, 21-17, 17-21.
"Saya akui saya agak perlahan hari ini. Sebenarnya saya bermain dalam kesakitan akibat kecederaan pangkal paha yang dialami sejak Terbuka Thailand, selepas ini saya harap dapat berehat," ujar Daren.
Pemain profesional, Soong Joo Ven turut menamatkan cabaran selepas kecundang di tangan perseorangan China Li Shi Feng, 14-21, 12-21.
Sementara itu, perseorangan negara Leong Jun Hao gagal melangkah ke pusingan kedua selepas ditundukkan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen.
Setelah tewas 12-21 dalam set pertama, Jun Hao cuba bangkit pada set kedua namun akhirnya dikalahkan 18-21.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Aksi pemain badminton perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong ketika menentang pemain Kanada, Brian Yang pada perlawanan badminton 'Perodua Malaysia Masters 2022' di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Masters Malaysia: Lee Zii Jia terkilan gagal peraga aksi terbaik
Dia kurang cergas menuju perlawanan akhir ini memandangkan perlu beraksi perlawanan ke-10 dalam tempoh dua minggu.
Axelsen rangkul gelaran kedua Masters Malaysia
Axelsen mengambil masa 63 minit untuk menewaskan Zii Jia, pemain ranking ke-10 dunia dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-23.
Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee wei di Masters Malaysia 2024
Rexy Mainaky, kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia.
Soon Huat-Shevon idam gelaran Masters Malaysia sebagai hadiah perkahwinan
Pada pusingan separuh akhir semalam, beregu di ranking ke-18 dunia itu mudah menumpaskan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Arif-Roy King teruskan aksi cemerlang pada Masters Malaysia
Beregu ranking ke-47 dunia itu berjaya menundukkan pasangan ke-18 dunia dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-18, 14-21, 21-18.
Masters Malaysia: Tang Jie-Ee Wei teruskan kemaraan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, cemerlang menewaskan lawan pasukan senegara Tan kian Meng-Lai Pei Jing, 21-19,21-14 untuk menempah slot awal ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.
Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.
Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.