awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Marquinhos ratapi 'dua gol bodoh' dibolosi PSG

Astro Arena
Astro Arena
29/04/2021
02:38 MYT
UCL: Marquinhos ratapi 'dua gol bodoh' dibolosi PSG
Marquinhos (kanan) meraikan bersama Neymar selepas menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan separuh akhir UCL antara PSG dan Manchester City di Stadium Parc des Princes, Paris, 28 April, 2021. (Foto AP)
KAPTEN Paris Saint-Germain, Marquinhos, meratapi dua 'gol bodoh' yang dibolosi ketika bertemu Manchester City, tetapi dia kekal optimis dalam keyakinannya bahawa mereka mampu mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kedua berturut-turut.
PSG -- finalis 2020 -- di landasan terbaik untuk menang ke atas City dalam separuh akhir pertama hasil jaringan Marquinhos sebelum pelawat bangkit dalam separuh masa kedua, sebentar tadi.
Didominasi dalam separuh masa pertama, skuad kendalian Pep Guardiola bangkit menerusi jaringan Kevin De Bruyne sebelum sepakan percuma Riyad Mahrez membenarkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendahului perlawanan.
PSG terus ditimpa masalah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Idrissa Gueye dilayang kad merah kerana melakukan terjahanan terhadap Ilkay Gundogan dengan berbaki 13 minit di Parc des Princes.
"Benar separuh masa kedua kami jauh ketinggalan, kami gagal bermain dengan baik,," kata Marquinhos.
2 - PSG centre-half Marquinhos is only the third player in @ChampionsLeague history to score in the quarter-final and semi-final in consecutive seasons, after Cristiano Ronaldo (2011-12, 2012-13, 2013-14) and Antoine Griezmann (2015-16, 2016-17). Rarity. #UCL pic.twitter.com/LIn7u5vM8E
— OptaJoe (@OptaJoe) April 28, 2021
"Pasukan City lebih agresif, mereka bermain lebih tinggi. Itu sahaja. Kami perlu lebih konsisten dalam kedua-dua tempoh perlawanan seterusnya, kami mempunyai 90 minit lagi tetapi kami harus melakukan yang lebih baik untuk mara ke final.
"Sukar untuk dianalisis dengan segera, tetapi sukar ketika anda berlari di belakang bola. Kami tidak dapat mengatasi mereka dengan baik. Anda harus bijak, melihat strategi yang dapat disusun.
"Kami dibolosi dua gol yang sangat bodoh, ini adalah perinciannya, ini adalah Liga Juara-Juara. Anda harus menguruskan butiran kecil ini dengan lebih baik dan tetap kuat."
Topic Berkaitan
#EPL
#Marquinhos
#PSG
#Paris Saint-Germain
#Manchester City
#Liga Juara-Juara
#UCL
#Kevin de Bruyne
#bolos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan