awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Semangat Piala Dunia pacu Lautaro Martinez bawa Inter ke final

Astro Arena
Astro Arena
17/05/2023
01:30 MYT
UCL: Semangat Piala Dunia pacu Lautaro Martinez bawa Inter ke final
Martinez bertepuk ke arah penyokong ketika dia digantikan semasa perlawanan bola sepak separuh akhir kedua UCL antara Inter Milan dan AC Milan di stadium San Siro, Milan, Itali, 16 Mei 2023. (Foto AP)
INTER 1 MILAN 0 (Inter mara dengan agregat 3-0)
Lautaro Martinez memastikan laluan Inter Milan ke final Liga Juara-Juara (UCL) dengan mengambil semangat Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar.
Sama ada Manchester City mahu pun Real Madrid yang menanti di Istanbul pada 10 Jun depan, Inter awal pagi tadi melengkapkan kemenangan agregat 3-0 ke atas AC Milan di San Siro.
Penyerang Argentina, Martinez, meledak gol tunggal dalam pertemuan kedua itu dan menjadi pemain paling berbahaya di atas padang ketika Inter terus memburu mahkota Eropah keempat mereka.
“Kami melakukan kerja yang hebat dalam kedua-dua perlawanan. Kuncinya adalah kumpulan,” kata Martinez kepada Sky Italia.
MVP #ForzaInter #InterMilan #UCL pic.twitter.com/5IU04670X9
— Inter (@Inter) May 16, 2023
“Saya mempunyai pengalaman yang sama dalam Piala Dunia.
"Jika bersatu, kami mampu memperagakan satu persembahan yang sangat penting ini dengan cara terbaik.
“Setiap kali saya turun ke padang, saya cuba memberikan yang terbaik untuk membantu rakan sepasukan.
"Kami sedar kami mempunyai peluang untuk mara ke final UCL dan hari ini kami menyempurnakan tugas kami.”
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#UCL
#Lautaro Martinez
#inter milan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan