awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC: 'King of Cringe' Henry Cejudo diarah berehat hingga 2020

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
20/06/2019
05:00 MYT
UFC: 'King of Cringe' Henry Cejudo diarah berehat hingga 2020
Cejudo dijangka boleh kembali beraksi pada tahun 2020. - Foto Instagram/@henry_cejudo
JUARA dua divisyen UFC flyweight dan bantamweight, Henry Cejudo selamat menjalani pembedahan di bahagian bahu kirinya.
Memetik laporan ESPN, petarung seni bela diri campuran (MMA) itu perlu menjalani pembedahan tersebut selepas otot di bahagian bahu kirinya koyak ketika pertarungannya menentang Marlon Moraes pada awal Jun 2019 di kejohanan UFC 238 yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat.
Walaupun cedera pada pusingan pertama, Cejudo yang sering digelar 'King of Cringe' oleh warganet, masih berjaya menamatkan pertarungan dengan cara TKO sekaligus merangkul kejuaraan bantamweight UFC.
Akibat pembedahan ini, Cejudo terpaksa berehat dari sebarang aksi MMA sekurang-kurangnya empat hingga lima bulan. Dia dijangka boleh kembali beraksi pada tahun 2020.
BACA: UFC 238: Cejudo juara bantamweight dan flyweight, Shevchenko KO-kan Jessica Eye
Dengan perkembangan ini, petarung dari divisyen flyweight dan bantamweight terpaksa menunggu lebih lama sehingga juara mereka dibenarkan kembali untuk mempertahankan kejuaraan.
Baru berusia 32 tahun, Cejudo juga pernah merangkul pingat emas pada sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008 bagi acara gusti.
Cejudo yang memegang rekod MMA 15-2 berjaya menggegarkan dunia MMA apabila menewaskan bekas juara flyweight UFC 12 kali, Demetrious Johnson.
Dia kemudian berjaya mengatasi bekas juara bantamweight UFC lima kali, TJ Dillashaw dengan mengambil masa 32 saat sahaja.
BACA: MMA: Hanya 32 saat, Cejudo tundukkan TJ Dillashaw di UFC Brooklyn
View this post on Instagram
Hey Guys , Triple C here with today’s breaking news. I will be on the sidelines for the next months to come. In my @ufc Bantamweight World title fight 10 days ago I tore my rotator cuff late in the first round . In all my years of competing, I have never had an injury that requires intrusive surgery, so this is new to me
Topic Berkaitan
#Demetrious Johnson
#juara dua divisyen UFC
#King of Cringe
#Marlon Moraes
#MMA
#Pembedahan
#seni bela diri campuran
#TJ Dillashaw
#UFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan