awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UltraSel harap dapat mengadap RMS

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2024
05:50 MYT
UltraSel harap dapat mengadap RMS
UltraSel menyuarakan perkara itu menerusi poster yang dimuat naik di platform X ultra Selangor.
KELAB penyokong Selangor, UltraSel berharap agar dapat mengadap Pengerusi Selangor FC yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang mengenai masalah kelab itu.
Menurut UltraSel, pertemuan tersebut amat penting agar perbincangan secara mendalam dan terbuka mengenai kelab itu boleh dilakukan.
"Kami ingin bersua dengan pemilik Selangor FC atau pengerusi dengan harapan dapat meluah dan berbincang segala permasalahan pengurusan kelab secara mendalam dan terbuka.
"Pertemuan ini penting dan perlu disegerakan," kata UltraSel menerusi poster dimuat naik di aplikasi X ultra Selangor.
Selangor FC mendapat tamparan hebat tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas tewas kepada Sri Pahang FC pada pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, UltraSel turut menaikkan kain rentang tertulis 'townhall' dengan pemilik? Bila?.
Sebelum ini, UltraSel turut mempersoalkan mengenai beberapa jawapan yang telah diberikan oleh pengurusan kelab itu dalam satu sesi perjumpaan dengan penyokong baru-baru ini.
Mereka mendakwa jawapan yang diberikan kelab itu mencambahkan lebih banyak persoalan tentang apa yang berlaku dalam pengurusan pasukan selain isu pengunduran pengendali terdahulu, Nidzam Jamil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Selangor FC
#UltraSel
#RMS
#tengku amir shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan