SPORTS
United terus gagal menang, Chelsea raih tiga mata penting

Dari kiri, Harry Maguire, Andre Onana, Manuel Ugarte dan Bruno Fernandes kelihatan kecewa selepas gol pasukan mereka dibatalkan ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge, London, 16 Mei 2025. (Foto AP)
CHELSEA mengekang momentum Manchester United apabila menundukkan lawannya itu 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung malam tadi.
Gol tunggal dijaringkan oleh Marc Cucurella pada minit ke-71 menerusi tandukan tepat hasil hantaran Reece James.
Perlawanan bermula dengan penuh dramatik apabila pada minit ke-10, Harry Maguire menjaringkan gol untuk United, tetapi gol itu dibatalkan selepas semakan VAR menunjukkan dia berada dalam posisi ofsaid.
Sepanjang baki perlawanan, Chelsea bermain lebih bertahan manakala Manchester United cuba mencari gol penyamaan.Namun, United gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke arah gol sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan ini melonjakkan Chelsea ke tangga ke-4 liga dengan 66 mata, mengatasi Aston Villa dan memperkukuh peluang kejuaraan Liga Juara-Juara mereka.
Manchester United pula terus mengalami masalah, kini hampir mencatat lapan perlawanan tanpa menang dalam liga. Mereka juga sudah tewas 18 kali musim ini, rekod paling buruk sejak tahun 1974.
Bagaimanapun, United masih ada peluang menamatkan musim dengan trofi apabila mereka akan bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa pada hari Rabu depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami