PIERRE-EMERICK Aubameyang berasakan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Perdana Inggeris bermakna penjaring gol tidak boleh meraikannya sehingga jaringan itu disahkan oleh teknologi berkenaan.
Penyerang itu menjaringkan gol penyamaan Arsenal ketika terikat 1-1 dengan Manchester United di Old Trafford awal pagi tadi, dengan memadamkan jaringan pembukaan Scott McTominay dalam babak pertama.
Pemain kebangsaan Gabon itu didapati berada di kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan, namun dia kekal bertenang untuk mengejar hantaran Bukayo Saka dan menewaskan penjaga gol United, David de Gea.
Jaringan itu menyaksikan Aubameyang menjadi pemain Arsenal pertama menjaringkan tujuh gol daripada tujuh perlawanan liga sejak Dennis Berkamp melakukannya dalam musim 1997-98.
Namun, dia perlu menunggu VAR menyanggah keputusan penjaga garisan berkenaan dengan ulang tayang jelas menunjukkan kedudukan Harry Maguire meletakkannya di posisi yang tidak ofsaid selepas Axel Tuanzebe kehilangan bola.
"Bukayo melakukan hantaran yang amat baik, saya pasti saya tidak berada di posisi ofsaid," katanya kepada Sky Sports.
"Saya terkejut apabila terdengar pengadil meniup wisel tetapi saya sentiasa cuba untuk menjaringkan gol, walaupun kedengaran bunyi wisel.
"Saya dapat dengar penonton mengatakan ia ofsaid tetapi ia amat sukar untuk ditentukan dan saya amat gembira.
"Ia sentiasa memberikan sedikit, saya tidak pasti... perasaan yang pelik.
"Anda tidak boleh meraikannya dengan 100 peratus tetapi tidak mengapa, kegembiraan saya tetap sama," katanya.
BACA: Aubameyang buat Manchester United gigit jari
De Gea kelihatan menghentikan pergerakannya sebalik melihat penjaga garisan menaikkan bendera, namun tiada sebarang rungutan daripadanya mengenai keputusan VAR itu.
"Kita tahu akan penggunaan VAR.
"Jika ia ofsaid, ia tetap ofsaid, kami perlu kekal fokus dan ia merupakan jaringan mereka.
"Kami perlu belajar daripada kesilapan ini," katanya.
Astro Arena
Tue Oct 01 2019
Aubameyang bertepuk tangan selepas perlawanan antara Manchester United dan Arsenal tamat di Old Trafford, Manchester, Britain, 30 Sept, 2019. REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.