awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Virgil van Dijk tenang isu kontrak - 'Akan ada berita nanti'

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
05/04/2025
03:30 MYT
Virgil van Dijk tenang isu kontrak - 'Akan ada berita nanti'
Reaksi Virgil van Dijk ketika perlawanan akhir Piala Carabao antara Liverpool dan Newcastle United di Stadium Wembley, London, Britain, 16 Mac 2025. REUTERS
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk, tidak kelihatan panik langsung walaupun kontraknya akan tamat hujung musim ini.
Dalam sesi soal jawab bersama peminat pada Khamis lalu, pemain pertahanan berusia 33 tahun itu menjelaskan, dia masih belum ada sebarang pengumuman penting.
“Saya hanya boleh katakan, akan ada perkembangan berita pada minggu-minggu akan datang,” katanya.
“Sama ada ia positif atau tidak, saya tidak tahu buat masa ini. Apa yang saya tahu, dan saya telah katakan banyak kali sebelum ini, saya tenang saja, apa bakal terjadi, akan jadi," tambahnya.
Menurutnya, beliau fokus sepenuhnya pada baki perlawanan musim ini.
“Tiada apa yang perlu dirisaukan buat masa ini. Semuanya akan terjawab menjelang penghujung musim nanti,” kata van Dijk
Walaupun belum ada kepastian tentang masa depannya di Anfield, van Dijk tetap menegaskan kesetiaannya kepada kelab.
Pengurus Liverpool, Arne Slot, juga menyuarakan harapan agar kapten pasukan itu kekal.
“Van Dijk bukan saja penting di atas padang, tapi juga sebagai pemimpin dalam bilik persalinan,” katanya.
Walaupun Slot tidak terlibat secara langsung dalam urusan kontrak, dia berharap van Dijk masih bersama skuad musim depan.
Dengan musim semakin hampir ke penghujungnya, para penyokong Liverpool pastinya tak sabar menanti perkembangan terbaru mengenai masa depan kapten kesayangan mereka ini.
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Virgil Van Dijk
#Arne Slot
#tamat kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan