awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
EU isytihar IRGC sebagai 'organisasi pengganas'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Zack Haikal sah kembali sarung jersi 'The Bos Gaurus'

Bernama
Bernama
29/01/2026
22:20 MYT
Wan Zack Haikal sah kembali sarung jersi 'The Bos Gaurus'
Wan Zack Haikal pernah menyarung jersi Perak FC dari 2022 hingga 2025 sebelum membuat keputusan meneruskan karier bersama Penang FC pada 9 Jun 2025. - Foto Perak FA
IPOH: Perak FC mengesahkan bekas pemain kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Noor kembali menyarung jersi pasukan bagi menghadapi saingan Piala Cabaran MFL dan Liga A1 Semi-Pro musim ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Azhar Jamaluddin berkata kehadiran Wan Zack Haikal diyakini mampu menambah variasi serta kreativiti di bahagian tengah dan jentera serangan, sekali gus memperkukuhkan kekuatan pasukan.
"Kami mewakili seluruh warga Perak dengan sukacita mengalu-alukan Wan Zack sebagai pemain baharu Perak pada jendela perpindahan kedua yang telah dibuka hingga 1 Feb ini.
"Berbekalkan pengalaman luas di peringkat tertinggi, beliau bukan sahaja diharapkan memberi impak positif di atas padang, malah menjadi pembimbing serta sumber inspirasi kepada pemain muda Perak," katanya dalam kenyataan semalam
Untuk rekod, Wan Zack Haikal, 34, pernah menyarung jersi Perak FC dari 2022 hingga 2025 sebelum membuat keputusan meneruskan karier bersama Penang FC pada 9 Jun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wan zack haikal wan noor
#Perak FC
#Azhar Jamaluddin
#PAFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan