awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Zack tidak sabar kembali beraksi

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2018
10:27 MYT
Wan Zack tidak sabar kembali beraksi
WAN ZACK: Saya sedang berusaha untuk mendapatkan semula kecergasan yang terbaik.
PEMAIN tengah Felda United, Wan Zack Haikal Wan Noor, semakin pulih daripada kecederaan lutut kanan tetapi terkilan apabila belum pasti turun ke padang dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia menentang Terengganu.
Wan Zack sudah sebulan tersisih daripada kesebelasan utama Felda, termasuk sebilangan besar aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Perkembangan positif buat Wan Zack sudah pasti mengenai proses pemulihan yang lancar dan bakal kembali beraksi bersama pasukan.
"Kecederaan saya semakin pulih. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan semula kecergasan yang terbaik. Untuk saingan suku akhir Piala Malaysia, setiap pemain mahu beraksi, termasuk diri saya. Saya berharap dapat membuat penampilan dalam suku akhir kedua," kata Wan Zack.
Felda akan menanti kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam keadaan mereka perlu bangkit daripada aspek piskologi.
Ini susulan kekalahan 6-1 di tangan Melaka dalam aksi penutup peringkat kumpulan, 15 September lalu.
"Kekalahan itu memberikan tamparan buat Felda tetapi kami harus menerimanya dan berusaha untuk bangkit dalam perlawanan akan datang."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Felda United
#Piala Malaysia
#wan zack haikal wan noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan