awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL

Astro Arena
Astro Arena
13/10/2023
03:49 MYT
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney dilantik sebagai pengurus baru The Blues dengan kontrak tiga setengah tahun selepas meninggalkan DC United hujung minggu lalu. - Foto Stadium Astro
WAYNE ROONEY menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas kapten England itu dilantik sebagai pengurus baru The Blues dengan kontrak tiga setengah tahun selepas meninggalkan DC United hujung minggu lalu.
Ia hanya dua hari selepas kelab Midlands itu -- yang diambil alih oleh syarikat Amerika Syarikat, Shelby Companies Limited, pada Julai lalu -- memecat pengurus lama, John Eustace, pada ketika mereka sedang menduduki tangga keenam Liga Kejuaraan.
Rooney kembali dalam bidang kejurulatihan di negara kelahirannya selepas pernah mengendalikan Derby Count dari 2020 hingga 2022 dan dia berkata dalam sidang media di St Andrew: "Untuk diri saya sendiri, dapat kembali ke dalam arena bola sepak Inggeris merupakan sesuatu yang hebat, itulah yang saya sentiasa mahu lakukan.
"Saya memiliki beberapa tawaran daripada kelab lain sepanjang empat hingga enam minggu ini tetapi sejak berbincang dengan Birmingham dan melihat kepada cita-cita kelab ini, di mana arah tujuan mereka, saya menjadi teruja.
"Saya mahu menjadi seorang yang berjaya, amat jelas kelab ini mahukan kejayaan dan semua yang kami bincangkan benar-benar selari. Ia satu perbincangan yang amat mudah.
"Itulah sasarannya, buat kelab ini dan saya secara peribadi, sudah pasti untuk membawa kelab ini kembali ke EPL.
"Saya fikir ada banyak perkara perlu dilakukan buat kelab bola sepak ini," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Wayne Rooney
#EPL
#Birmingham
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan