awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wei Chong-Kai Wun mara ke final, kejutkan senior Aaron-Wooi Yik

Bernama
Bernama
25/01/2025
14:02 MYT
Wei Chong-Kai Wun mara ke final, kejutkan senior Aaron-Wooi Yik
Wei Chong dan Kai Wun ambil masa 31 minit untuk menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu, dengan kemenangan 21-18, 21-15. - Bernama
JAKARTA: Beregu lelaki negara Man Wei Chong dan Tee Kai Wun melangkah ke perlawanan akhir Masters Indonesia 2025 dengan bergaya selepas mengejutkan 'senior' mereka Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Wei Chong dan Kai Wun mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu, dengan kemenangan 21-18, 21-15 dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan di sini, hari ini.
"Kami bermain tanpa tekanan tadi dan berjaya melaksanakan perancangan permainan dengan baik. Perlawanan esok dijangka mencabar, tetapi kami berharap yang terbaik," kata Wei Chong selepas perlawanan.
Senada dengan kenyataan Wei Chong, Kai Wun pula bertekad untuk memberikan aksi terbaik esok, sambil menekankan bahawa keyakinan itu sangat penting.
Pasangan nombor 13 dunia itu dijadual berdepan beregu tuan rumah, yang juga pasangan nombor empat dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi final.
Fajar-Muhammad Rian, yang mendapat sokongan padu, turut mara selepas menewaskan gandingan muda dari Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dengan keputusan 21-14, 24-22 dalam aksi 48 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Man Wei Chong
#Tee Kai Wun
#final
#Aaron Chia
#Soh Wooi Yik
#beregu lelaki negara
#Masters Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan