GEORGE TOWN: Pasukan Liga Super, Penang FC hari ini mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Hassan sebagai jurulatih baharu pasukan itu untuk mengharungi baki saingan musim ini bagi mengantikan Tomas Trucha.
Penang FC dalam kenyataan berkata pemilihan Zainal Abidin yang sebelum ini bersama-sama Melaka United, adalah disebabkan oleh faktor positif yang boleh dibawanya di luar padang selain kualiti sebagai jurulatih.
"Pihak Pengurusan mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi ahli keluarga Penang FC buat Zainal Abidin buat sekali lagi.
"Zainal Abidin yang pernah mengemudi pasukan Penang FA pada tahun 2017-2018 sekali lagi diberi kepercayaan dalam menggalas tugas yang amat berat sebagai Ketua Jurulatih Penang FC yang terkini untuk mencetuskan kebangkitan semula Penang FC," menurut kenyataan itu dalam laman Facebooknya hari ini.
Menurut kenyataan itu, kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar serta dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini.
Pihak pengurusan Penang FC juga berharap dengan pelantikan itu dapat mengubah prestasi semasa skuad itu yang kini berada di dasar liga.
Untuk rekod, bekas ketua pasukan Harimau Malaya itu sebelum ini pernah membimbing pasukan Pulau Pinang selama semusim pada 2017-2018 sebelum berpindah ke Melaka United pada 2019.
Sementara itu, Zainal Abidin yang ditemui selepas perlawanan latihan pasukan Penang FC menentang Skuad Sukma Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang berkata beliau akan cuba memperbaiki dan membuat yang terbaik untuk pasukan Harimau Kumbang.
Katanya beliau juga berterima kasih kepada pengurusan Penang FC kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk kendalikan Harimau Kumbang dan ia sebenarnya tugas amat berat menantinya dalam membentuk perubahan kepada pasukan.
"Tugas yang amat berat menanti saya untuk perbaiki dan sebenarnya saya tidak boleh membuat keajaiban seorang diri, sebaliknya perlukan kerjasama semua pihak dalam pasukan serta pengurusan Penang FC, selepas buat mesyuarat teknikal dan pengururan beberapa hari kami akan lihat jika ada keperluan perubahan atau pengantian pemain demi (kejayaan) pasukan.
"Ketika ini saya lihat kelonggaran di bahagian pertahanan, banyak perlawanan Penang FC dapat jaringkan gol tapi kebolosan gol yang amat mudah dan banyak, di situ (bahagian pertahanan) paling penting kita perlu teliti selain komunikasi dan kerasian pemain import serta tempatan yang amat penting...ini harus dibentuk untuk kejayaan pasukan," katanya.
Beliau juga akan mencari apa yang 'hilang' dalam Penang FC sedangkan pasukan itu baik setahun dua yang lepas dan beliau akan menggunakan pengalamannya untuk memperbaiki pasukan serta dalam masa sama mengharapkan kerjasama semua pihak dalam Harimau Kumbang bagi mencapai kejayaan.
Menurutnya, penyokong Penang FC pada saat ini, pasti sangat kecewa dengan kedudukan pasukan itu namun dengan pelantikannya sebagai jurulatih Harimau Kumbang itu mereka pasti mahukan yang terbaik.
"Saya berharap ketika ini pemain ke 12 Harimau Kumbang (penyokong) akan terus bagi semangat kepada Penang FC supaya pemain-pemain dapat melonjak dengan lebih cepat dan baik dalam memperbaiki permainan mereka," katanya.
Ketika ini, Penang FC berada di tangga tercorot liga dengan tiga mata selepas mengharungi lapan aksi dan perlawanan berikutnya adalah menentang Petaling Jaya City pada 18 Jun ini di halaman sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 01 2022
Penolong Ketua Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt (kiri) mengucap tahniah kepada Zainal Abidin Hassan dalam menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih Penang FC bermula hari ini. - Foto BERNAMA
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Program naturalisasi perlu ditamatkan - Lim Teong Kim
Bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara Datuk Lim Teong Kim berpendapat dasar program naturalisasi perlu dihentikan.
Pan-gon perlu hati-hati buat pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan
Zainal Abidin mengingatkan Kim Pan-gon supaya lebih berhati-hati ketika melakukan pertukaran pemain ketika menentang Korea Selatan.
Syria gambaran awal kekuatan Harimau Malaya
Harimau Malaya perlu melakar kemenangan ke atas Syria sekali gus meningkatkan keyakinan pasukan sebelum bertemu Jordan, kata Zainal Abidin.
Piala Asia: Harimau Malaya mampu curi mata di perlawanan pembukaan - Zainal Abidin
Keyakinan muncul setelah melihat percaturan Pan Gon banyak 'menampal' kelemahan pasukan negara selain prestasi memberangsangkan tahun ini.
Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.
Anak dakwa Zainal Abidin, Fyna Jebat sudah bercerai?
Nama penyanyi Fyna Jebat kembali menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa sudah bercerai dengan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Zainal tuntut penyerang tempatan lebih tajam, keluar dari bayang awang import
Legenda bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, mencabar barisan penyerang tempatan supaya menyaingi kehebatan awang import, pada musim baharu Liga Super 2023.
Fyna Jebat dapat sokongan suami untuk kembali menyanyi
Datuk Zainal Abidin tidak meletakkan sebarang syarat kepada isteri baharunya itu aktif dalam dunia seni suara.
Zainal Abidin harap Penang FC kekalkan disiplin tinggi
Terdapat sedikit kecuaian yang telah memberi pasukan lawan peluang mendapatkan gol kemenangan.
Zainal Abidin mahu pelbagaikan gaya permainan Penang FC
Katanya, tidak dinafikan senjata sulit pasukan Penang FC adalah pemain import Brazil, Casagrande.