Mahkamah menyebelahi rayuan Zinedine Zidane yang sebelum ini dikenakan larangan selama tiga bulan daripada menjadi jurulatih pasukan simpanan Real Madrid atas sebab pertikaian kelayakan.
Sebuah mahkamah sukan di Sepanyol menyebelahi rayuan Zinedine Zidane mengenai larangan tiga bulan yang dikenakan ke atasnya daripada menjadi jurulatih pasukan simpanan Real Madrid berikutan pertikaian kelayakannya.
Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengenakan larangan tersebut akhir Oktober lalu dengan hujah bahawa bekas pemain tengah Perancis itu tidak mempunyai lesen menjadi jurulatih di Sepanyol.
Real Madrid telah memfailkan rayuan dan Mahkamah Timbang Tara Sukan membenarkan Zidane membimbing pasukan berkenaan sementara kes dipertimbangkan. Pembantu jurulatih, Santiago Sanchez, yang sebelum ini disekat oleh RFEF, juga mendapat kebenaran untuk meneruskan khidmatnya.
Dalam hujah pembelaannya, Zidane dikatakan memiliki kelayakan yang cukup untuk menjadi jurulatih pasukan simpanan Real Madrid, walaupun dia memerlukan lesen ‘A’ Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) peringkat tiga untuk berbuat demikian. Zidane hanya mempunyai lesen peringkat dua.
Zidane, 42, pernah bermain untuk Cannes, Bordeaux dan Juventus sebelum menyertai Real Madrid pada tahun 2001 dan kemudian mengumumkan persaraan pada usia 34 tahun selepas Piala Dunia 2006.
Dia juga mengenengahkan anak lelaki sulungnya Enzo, 19, dalam pasukan simpanan Real Madrid.
AFP
Sat Nov 22 2014
RFEF mengenakan larangan pada Zidane pada Oktober lalu dengan dakwaan bekas pemain tengah Perancis itu tidak mempunyai lesen menjadi jurulatih di Sepanyol. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Anak datang stadium kerana sangka Nidzam akan dipecat
Kejayaan Selangor FC mara ke final Piala FA 2024/2025 dengan menyingkirkan Terengganu FC menerusi agregat 6-4, dapat mengukuhkan semula keyakinan peminat Gergasi Merah terhadap pengendali skuad itu.
Terlalu banyak tekanan pada Pau Marti mampu ancam legasi Kim Pan-gon
Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
KOM cari ketua jurulatih bagi enam disiplin, atlet bersara boleh mohon
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.