ZINEDINE Zidane menggesa pemain-pemain Real Madrid agar tidak “jadi gila” selepas meraih keputusan seri kali keempat berturut-turut merentasi semua pertandingan, ketika berdepan Eibar pada Ahad.
Gol awal Fran Rico mencetuskan bahaya buat pasukan tuan rumah itu di Santiago Bernabeu dan walaupun Gareth Bale menyamakan kedudukan tidak lama kemudian, Real gagal bangkit sepenuhnya dan tidak kelihatan mampu menang ke atas lawan dari Basque itu.
Keputusan terbaru itu menambah kepada keputusan seri dengan Villarreal dan Las Palmas dalam La Liga dan Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara tetapi Zidane menolak sebarang tanggapan pasukannya sedang berdepan krisis.
“Saya bertanggungjawab sebagai jurulatih pasukan ini, saya perlu mencari penyelesaiannya,” katanya. “Kami perlu mengubah ini.
“Ini bukannya satu krisis, kita baru dalam bulan Oktober. Kami tidak boleh jadi gila kerananya.
“Tetapi pastinya ada sesuatu yang tidak kena; tiga keputusan seri berturut-turut dalam La Liga. Kami akan menganalisisnya semula dan apabila kembali dari waktu rehat antarabangsa nanti, kami perlu berubah. Kami tidak boleh terus seperti ini.
"Kami tidak bermain dalam separuh masa pertama; sebaliknya Eibar yang bermain. Separuh masa kedua adalah lebih baik, sesuatu yang kerap kami katakan akhir-akhir ini.
"Saya percaya dengan kerja keras dan kualiti pasukan ini. Jika kami bekerja keras, maka kualitinya akan terserlah.”
Tambah memburukkan keadaan buat Zidane, dua pemain utama mungkin perlu berehat lama kerana kecederaan apabila Karim Benzema dan Raphael Varane dikeluarkan ketika rehat separuh masa.
“Kedua-dua pertukaran disebabkan kecederaan,” kata jurulatih berbangsa Perancis itu.
"Karim berasa tidak selesa di lututnya manakala Varane menerima hentakan.”
Astro Arena
Mon Oct 03 2016
Zinedine Zidane memberi reaksi ketika perlawanan La Liga antara Real Madrid dan Eibar di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada Ahad, 2 Oktober, 2016. / AFP PHOTO / JAVIER SORIANO
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gandingan dengan Messi, Suarez bertambah baik - Griezmann
Griezmann mula menemui rentak bersama Barca selepas bergelut pada awal ketibaannya untuk meletakkan pasukan di depan pada minit ke-13.
Zidane tidak terkejut Bale diejek penyokong Real
Zinedine Zidane tidak terkejut ketika Gareth Bale diejek oleh penyokong Real Madrid ketika merakamkan kemenangan 2-1 yang mengecewakan ke atas Eibar.
Dua pemain Eibar mohon maaf selepas video seks mereka tersebar
Kedua-dua pemain itu memuatkan naik satu kenyataan bersama melalui akaun rasmi Twitter masing-masing sebagai menyatakan rasa kesal mereka.
Zidane gesa Real usah jadi 'gila' disebabkan kehambaran
Gol awal Fran Rico mencetuskan bahaya buat pasukan tuan rumah itu di Santiago Bernabeu dan walaupun Gareth Bale menyamakan kedudukan tidak lama kemudian, Real gagal bangkit sepenuhnya.