KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain negara untuk tugasan di Chengdu, China.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Terdahulu, pemain profesional negara itu dilaporkan belum pasti menyertai skuad negara manakala Tze Yong pula masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan susulamn kecederaan di bahagian belakang dialaminya sebelum ini.
BAM juga menyenaraikan Leong Jun Hao, Cheam Jun Wei dan Justin Hoh dalam perseorangan lelaki manakala gandingan utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kem beregu yang turut dibarisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri.
"Bagi Piala Uber, BAM menyenaraikan pemain wanita berpengalaman Goh Jin Wei dan K.Letshanaa.
"Selain itu, bersama dalam pasukan Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Teoh Mei Xing, Goh Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky berkata pemilihan pemain adalah berdasarkan kepada pemantauan rapi dilakukan sepanjang sesi latihan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan juga melalui perbincangan menyeluruh bersama barisan kejurulatihan.
Menurut Rexy, beliau yakin kesemua pemain yang terpilih bersemangat untuk bersaing dan sudah pasti akan memberikan yang terbaik dalam kejohanan bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
"Beberapa pemain muda dalam skuad Piala Thomas dan Uber berazam membuktikan keupayaan mereka dan tekad memberikan persembahan yang mantap," katanya.
Zii Jia menerusi akan Instagram Team LZJ berkata ia merupakan penghormatan buat dirinya untuk membawa cabaran negara bersama rakan-rakan lebih-lebih lagi dalam kejohanan berpasukan seperti Piala Thomas.
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada BAM atas kepercayaan diberikan terhadap keupayaan beliau untuk membantu skuad negara.
Malaysia yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan edisi 2024 itu diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah yang juga juara 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria.
Bagi saingan wanita pula, pasukan negara bakal berdepan tugasan berat dalam saingan Piala Uber 2024 apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Taiwan dan Australia.
Berikut senarai pemain negara ke Piala Thomas dan Uber 2024 di Chendu, China pada 27 April hingga 5 Mei:
Piala Thomas: Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei, Justin Hoh, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Muhammad Haikal Nazri.
Piala Uber: Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee, Chan Wen Tse.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Selain Zii Jia (foto), turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi. -Gambar fail/Stadium Astro
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.