Skip to main content

Teknologi

Google, Shopee teroka pembangunan ejen AI untuk pengalaman beli-belah baharu

Google
Kerjasama ini selari dengan usaha global untuk memperluaskan penggunaan AI kepada tugasan kompleks merentas aplikasi e‑dagang. -Foto Amanz

GOOGLE dan Sea Ltd, syarikat induk kepada Shopee dan Garena, mengumumkan kerjasama strategik bagi membangunkan prototaip ejen kecerdasan buatan (AI) khusus untuk pengalaman membeli-belah dalam talian.

Di bawah inisiatif ini, Google dan Shopee akan meneroka keupayaan ejen AI untuk membantu pengguna membuat carian produk, menerima cadangan barangan serta melengkapkan pembelian dengan lebih mudah di platform Shopee, lapor Amanz.

Advertisement

Kerjasama ini selari dengan usaha global untuk memperluaskan penggunaan AI kepada tugasan kompleks merentas aplikasi e‑dagang.

Shopee kini merupakan platform e-dagang paling dominan di Asia Tenggara dengan pegangan sekitar 52% pasaran pada 2024, menjadikan integrasi ejen AI berpotensi memberi impak besar kepada cara pengguna menerima cadangan dan berinteraksi dengan penyenaraian produk.

Kerjasama ini turut memperluaskan hubungan sedia ada antara Google dan Sea.

Sebelum ini, Shopee telah menyertai YouTube Shopping Affiliate Program bagi memudahkan pencipta kandungan mengewangkan penyenaraian produk dalam video mereka.

Selain sektor e‑dagang, Garena turut akan menerima penyelesaian AI daripada Google untuk meningkatkan kecekapan pembangunan permainan serta operasi live service.

Must Watch Video