Skip to main content

Teknologi

Meta mulakan ujian langganan berbayar Instagram Plus di beberapa negara

71769037154_Instagram.jpg
Menerusi langganan itu, pengguna dapat menikmati ciri privasi tambahan, termasuk keupayaan melihat Stories tanpa pengetahuan pemilik akaun serta mengetahui jumlah tontonan semula pada Stories sendiri. -Foto Amanz

MENLO PARK: Meta mengesahkan telah memulakan ujian ciri langganan berbayar baharu, Instagram Plus, di beberapa negara terpilih bagi menawarkan fungsi eksklusif kepada pengguna, lapor Amanz.

Menerusi langganan itu, pengguna dapat menikmati ciri privasi tambahan, termasuk keupayaan melihat Stories tanpa pengetahuan pemilik akaun serta mengetahui jumlah tontonan semula pada Stories sendiri.

Advertisement

Langganan tersebut turut menyediakan pilihan untuk melanjutkan tempoh paparan Stories melebihi 24 jam.

Instagram Plus juga membolehkan pengguna mencipta lebih banyak kumpulan perkongsian terhad berbanding ciri Close Friends yang tersedia dalam akaun percuma, sekali gus memberi lebih kawalan terhadap audiens untuk setiap hantaran.

Langkah memperkenalkan Instagram Plus dilihat sebagai usaha Meta untuk mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat di luar segmen pengiklanan digital.

Meta turut menegaskan bahawa langganan ini adalah berasingan daripada perkhidmatan Meta Verified yang menawarkan lencana pengesahan kepada pengguna.

Setakat ini, Meta belum mendedahkan senarai penuh negara yang terlibat dalam fasa ujian tersebut, walaupun laporan menunjukkan ia sedang diuji di Mexico, Jepun dan Filipina.

Lebih banyak ciri sokongan dijangka diperkenalkan bagi menarik minat pengguna beralih ke versi berbayar itu pada masa hadapan.

Must Watch Video