Skip to main content

Teknologi

OpenAI teruskan pembangunan peranti AI walaupun disaman Apple

61727346656_OpenAI.jpg
Peranti berkenaan dilaporkan mempunyai reka bentuk berbentuk cincin atau donut, dengan struktur utama diperbuat daripada logam serta dilengkapi komponen mekanikal yang boleh bergerak bagi mewujudkan interaksi yang lebih menyerupai pendamping AI. -Gambar fail
Advertisement

SAN FRANCISCO: OpenAI dilapor meneruskan pembangunan peranti pengguna pertamanya meskipun berdepan tindakan saman oleh Apple berhubung dakwaan penyalahgunaan rahsia dagangan.

Laporan terbaharu Bloomberg mendedahkan bahawa produk sulung syarikat itu bakal berupa pembesar suara pintar tanpa skrin yang bersaiz kira-kira seperti cakera hoki ais dan mudah dibawa.

Peranti berkenaan dilaporkan mempunyai reka bentuk berbentuk cincin atau donut, dengan struktur utama diperbuat daripada logam serta dilengkapi komponen mekanikal yang boleh bergerak bagi mewujudkan interaksi yang lebih menyerupai pendamping AI.

Reka bentuknya turut merangkumi kamera ultra lebar (ultrawide) serta pelbagai sensor persekitaran yang membolehkannya memahami keadaan sekeliling sama ada ketika diletakkan di atas meja atau dibawa dengan satu tangan.

Pembesar suara pintar itu dijangka menggunakan teknologi suara AI terkini bagi membolehkan interaksi berlaku secara lebih semula jadi, selain berfungsi sebagai pendamping digital dalam persekitaran rumah.

Selain itu, peranti berkenaan akan menggunakan bateri boleh cas semula yang membolehkannya dibawa dari satu ruang ke ruang lain tanpa perlu sentiasa disambungkan kepada bekalan kuasa.

Menurut laporan, OpenAI menyasarkan pengumuman rasmi produk itu menjelang penghujung 2026 sebelum pelancaran pasaran pada 2027, dengan harga dijangka melebihi AS$300 (kira-kira RM1,320) seunit.

Dalam perkembangan berkaitan, Apple turut dilapor sedang membangunkan beberapa produk robotik pengguna bagi kegunaan kediaman pintar.

Antara konsep yang dilaporkan sedang dibangunkan ialah peranti dengan paparan menyerupai iPad yang dipasang pada lengan robotik, membolehkan skrin melaras kedudukan secara automatik untuk menghadap pengguna ketika berinteraksi dengan Siri.

 

 

Must Watch Video

Advertisement