Skip to main content

Teknologi

Samsung uji bateri silikon‑karbon untuk peranti akan datang

Samsung Sedang Menguji Bateri Silikon Karbon Untuk Peranti Akan Datang February 27, 2026 Samsung Effi Saharudin  Selepas siri Galaxy S26 dilancarkan semalam, ramai yang mengeluh tiada perubahan kapasiti bateri dilakukan untuk empat tahun berturutan sedangkan pengeluar China sedang berkejar-kejar menawarkan bateri 10,000 mAh sebagai standard. Ini kerana Samsung SDI belum lagi menawarkan bateri dengan teknologi silikon karbon (SiC) yang berkapasiti tinggi._Amanz
Wakil Samsung mengesahkan syarikat itu sedang menilai dan menguji teknologi bateri silikon‑karbon sebagai sebahagian daripada pembangunan jangka panjang. -Foto Amanz

SELEPAS pelancaran siri Galaxy S26 semalam, pengguna kembali mempersoalkan ketiadaan peningkatan kapasiti bateri untuk empat tahun berturut‑turut walaupun pengeluar China kini menawarkan bateri sehingga 10,000 mAh pada peranti mereka.

Ini kerana Samsung SDI masih belum memperkenalkan bateri berasaskan silikon‑karbon (SiC) yang mempunyai ketumpatan tenaga lebih tinggi.

Advertisement

Menurut laporan Android Headlines yang dipetik Amanz, wakil Samsung mengesahkan syarikat itu sedang menilai dan menguji teknologi bateri silikon‑karbon sebagai sebahagian daripada pembangunan jangka panjang.

Walaupun tiada garis masa diperincikan, teknologi berkenaan berpotensi digunakan pada model Galaxy S generasi akan datang.

Gizmochina pula melaporkan bahawa Moon Sung‑Hoon, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pasukan R&D Telefon Pintar Samsung, menyatakan syarikat sedang menyediakan peranti dengan bateri silikon‑karbon yang mampu menawarkan kapasiti lebih tinggi dalam ruang fizikal sama.

Beliau menegaskan keselamatan serta ketahanan kekal sebagai keutamaan selepas pengalaman insiden Galaxy Note 7.

Penggunaan bateri silikon‑karbon semakin meluas dalam kalangan pengeluar China kerana ia membolehkan lebih banyak ion litium disimpan berbanding anod grafit konvensional.

Samsung bagaimanapun berhati‑hati menilai cabaran teknikal seperti pengembangan bahan, ketahanan kitaran pengecasan dan pengurusan haba sebelum ia boleh digunakan secara meluas dalam peranti komersial.

Must Watch Video