DALAM menyediakan lebih banyak pilihan kemudahan asas untuk memperkasakan ciri Community, WhatsApp dilihat sedang membangunkan ciri baharu iaitu Pinned Events.

Dalam kata lain, ia boleh memudahkan ahli komuniti mengakses pelbagai acara penting dengan hanya membuka tetingkap sembang.

Pada pemerhatian kami, konsepnya dilihat sama seperti sokongan pin untuk mesej yang pernah diumumkan sebelum ini.

Tidak kiralah sama ada acara dijadualkan atau peringatan mudah, ia akan dipinkan secara automatik pada bahagian atas tetingkap bagi memudahkan maklumat diakses semua.

Buat masa ini ia masih di peringkat pembangunan, dan akan tersedia dalam kemas kini akan datang tanpa perkongsian tempoh masa khusus yang didedahkan. -Amanz