GAYA HIDUP
Aiskrim “Vico Double Bells Didi & Friends” inovasi untuk kanak-kanak riang

Dari kiri; Ketua Pegawai Komersial Warnakala Studios Che Yusaidi Che Yusoff, Evans Khoo, Alwin Yew, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian dan Jessica Lim. - Foto Vico
PUTRAJAYA: Vico dengan kerjasama Double Bells dan siri animasi Astro, Didi & Friends melancarkan produk terkini Aiskrim ‘Cup’ Vico Double Bells Didi & Friends.
Ringkasan AI
- Vico dengan kerjasama Double Bells dan siri animasi Astro, Didi & Friends melancarkan produk terkini Aiskrim Cup Vico Double Bells Didi & Friends.
- Sebagai salah satu jenama ulung untuk kanak-kanak, Warnakala Studios dan Astro sentiasa mengilhamkan idea baharu untuk jenama Didi & Friends luar daripada kaca TV atau platform digital.
- Ketua Pegawai Eksekutif Vico Malaysia, Alwin Yew berkata, dengan kolaborasi bersama Vico, jenama minuman coklat malt yang popular dengan taglinenya, -Lebih Coklat! Lebih Syok!- serta jenama aiskrim kegemaran ramai Double Bells, terhasillah cup aiskrim Vico Double Bells Didi & Friends berperisa coklat yang tentunya menjadi kegemaran ramai.
“Apabila kami membayangkan kerjasama dan kolaborasi bersama jenama tempatan, kami yakin ia perlu lebih daripada sekadar produk.
“Ia perlu merangkumi budaya kita, melambangkan kreativiti tempatan dan semangat keberanian Malaysia Boleh,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Vico Double Bells Didi & Friends dan Didi & Friends Treasure Hunt, di sini, pada Jumaat.

Aiskrim Cup Vico Double Bells Didi & Friends berperisa coklat kini boleh didapati di pasaran. - Foto Vico
Sementara itu, Pengarah Urusan Double Bells, Jessica Lim turut berkongsi semoga dengan pelancaran produk baharu ini, ia mampu menjadi daya tarikan dalam kalangan kanak-kanak untuk sama-sama menikmati aiskrim ini.
“Pelancaran ini adalah di mana kegembiraan zaman kanak-kanak bertemu dengan perisa ikonik Didi & Friends dan Vico, kini dalam satu suapan yang tidak dapat dilupakan, dibawakan khas kepada anda dengan bangganya oleh Double Bells,” jelasnya.

Didi & Friends Treasure Hunt yang berlangsung di Alamanda, Putrajaya selama 3 hari. - Foto Vico
Ketiga-tiga jenama tempatan ini juga melengkapi antara satu sama lain apabila mengangkat visi berasaskan ‘creating memorable family moments’ yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan tinggi, serta semangat Malaysia Boleh, sekaligus mencetuskan idea mengadakan acara lapangan, Didi & Friends Treasure Hunt, diadakan di Alamanda Putrajaya pada 12-13 Julai 2025.
Para peserta terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak bagi setiap keluarga dengan pelbagai tugasan-tugasan menarik dan mencabar yang perlu diselesaikan bersama keluarga masing-masing untuk menjadi pemenang utama hadiah berupa RM7,000.
“Kami di Warnakala Studios dan Astro sentiasa percaya jenama Didi & Friends mempunyai kekuatan dan potensi untuk pergi jauh, bukan setakat dapat ditonton atau dilihat di skrin TV, platform digital, on-ground, merchandise dan permainan.
“Malah, ia juga dapat ‘complement’ dari segi gaya hidup atau ‘lifestyle’ sesebuah keluarga,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Warnakala Studios, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian.
‘Treasure hunt’ ini diadakan agar dapat mengeratkan lagi hubungan dan menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif dan dapat merakam momen indah ini sebagai kenangan.
Inisiatif ini dilengkapi dengan kolaborasi kondusif Warnakala Studios dan Astro bersama Habib Jewels, The Chicken Rice Shop, Jantzen, Bank Simpanan Nasional (BSN), Buruj, FAFC Toothbrush, Alamanda Putrajaya dan Escape Putrajaya yang turut serta menjayakan aktiviti ‘treasure hunt’.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami