KOTA BHARU: Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu, itulah ungkapan sesuai bagi seorang wanita apabila aktiviti melukis dan mewarna bersama cucunya sejak Jun tahun lalu kini menjadi lubuk rezeki baginya sekeluarga.
Fatmawati Yaacob, 58, berkata beliau sama sekali tidak pernah menyangka, aktiviti yang diluangkan bersama cucunya Adam Wafi Mohd Salahudin berusia lima tahun untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi pulangan yang membanggakan.
Katanya, beliau sebelum ini berniaga makanan termasuk kuih apam dan nasi berlauk namun mengambil keputusan untuk memperlahankan perniagaannya itu sejak PKP 1.0 dilaksanakan dan hanya menumpukan secara dalam talian apabila mendapat tempahan.
"Sebelum ini saya berniaga makanan di sebuah bangsal yang terletak di Kampung Sireh, namun sejak PKP dilaksanakan saya hanya banyak menghabiskan masa di rumah selepas menghadapi beberapa kekangan.
"Sepanjang berada di rumah, saya mula mengisi masa lapang yang terluang bersama cucu saya dengan aktiviti melukis dan mewarna dan kelengkapan itu hanya dibeli di kedai RM2," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bunut Payong di sini.
Bercerita lanjut, nenek kepada 10 orang cucu itu berkata, setiap kali menyiapkan lukisan yang dihasilkan beliau akan memuat naik di Facebook miliknya.
Katanya, beliau pada awalnya tidak menyangka, setiap lukisan yang dihasilkan sering mendapat pujian serta maklum balas positif daripada rakan media sosial selain ada yang berminat untuk membeli karyanya.
"Dari situ terdetik di hati saya untuk menjadikan aktiviti ini sebagai sumber rezeki saya dan ternyata usaha itu tidak sia-sia apabila kini saya telah menghasilkan sebanyak 100 karya pelbagai tema terutamanya lukisan membabitkan pemandangan yang sering mendapat permintaan.
"Malah, minat mewarna dan melukis dari bangku sekolah yang diperoleh daripada arwah ayah Yaacob Awang Mat, 80, yang juga seorang pelukis khat digunakan sebaiknya dalam menghasilkan seni lukisan," katanya.
Fatmawati berkata hampir setiap hari beliau mampu menghasilkan sebanyak dua lukisan bergantung kepada kesulitan dan saiz lukisan yang bakal dihasilkan.
"Dari segi penggunaan warna pula, saya menggunakan cat jenis akrilik untuk memastikan lukisan yang dihasilkan nampak seakan-akan 'hidup' selain kosnya juga tidak besar.
"Kebiasaannya saya melukis menggunakan material kanvas ataupun papan lapis dan sering menjadi pilihan adalah papan lapis kerana bahan tersebut tidak mahal selain ia juga mesra alam dan warna yang dihasilkan juga mudah digabung," katanya.
Ujarnya lagi, karyanya itu turut mendapat permintaan pelanggan luar dari negeri Kelantan dan kebiasaannya beliau akan meluangkan sehingga lima jam sehari untuk aktiviti itu.
"Setiap lukisan dihasilkan berharga sekitar RM40 dan mampu mencecah sehingga RM400. Malah, saya juga enggan mengenakan harga yang sangat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit untuk setiap lukisan kerana niat berniaga sambil bersedekah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Fatmawati Yaacob, 58, tekun menyiapkan lukisan ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu. - Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Aktiviti melukis bersama cucu bawa tuah, kini jadi lubuk rezeki seorang nenek
Tidak sangka, aktiviti yang diluangkan bersama cucu untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP memberi pulangan membanggakan.