Pergi ke pasar basah untuk membeli barangan keperluan dapur secara amnya merupakan rutin wajib bagi isi rumah, khususnya golongan wanita.
Namun kini, ramai dalam kalangan pembeli setia di pasar basah hampir tidak punya masa dan kesempatan dek kesibukan bekerja.
Untuk tujuan itu, terdapat banyak pihak yang mengambil kesempatan membangunkan aplikasi bagi mempermudahkan orang ramai membeli barangan keperluan harian mengikut keanjalan waktu tersendiri.
Tidak ketinggalan adalah aplikasi Timogah yang dibangunkan anak Sarawak, yang membantu pengguna sekali gus membuka peluang kepada pengusaha dan usahawan tempatan menambah sumber pendapatan.
Menurut pengasas bersama aplikasi berkenaan, Helricson Joiem, aplikasi Timogah tidak terhad kepada sayur-sayuran sahaja malah turut pasarkan produk lain antaranya ikan, daging, ayam dan barangan keluaran tempatan.
“Bukan sekadar proses jual beli barang, aplikasi ini dalam masa sama menjalankan program untuk petani-petani meningkatkan pemasaran mereka,” jelasnya.
Bercakap mengenai cara pembayaran menggunakan aplikasi tersebut, ia mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa wang atau cashless, iaitu pengguna hanya perlu membuat bayaran secara atas talian.
Harga yang ditawarkan juga tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar.
“Kami punya modus operandi setiap barangan yang diambil daripada petani, kami mengenakan harga pasaran sama cuma kami mengenakan caj penghantaran kepada setiap pembeli melalui dalam talian. Buat masa ini, kami cuma mengenakan bayaran RM5.90 sahaja untuk setiap penghantaran," ujarnya.
Setakat ini, Timogah diguna secara meluas oleh penduduk di Kuching dan ia bakal diperluas ke beberapa bandar utama lain di seluruh negara.
Astro Awani
Sat Jul 20 2019
Harga yang ditawarkan menerusi aplikasi ini juga tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar.
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Anak Sarawak bangunkan aplikasi khusus beli barangan basah
Aplikasi Timogah boleh membantu pengguna sekali gus buka peluang kepada pengusaha dan usahawan tempatan menambah sumber pendapatan.