Ramai antara kita yang menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memberi maksud sedikit kelonggaran pergerakan awam.

Maka dengan itu ramai yang tidak sabar melakukan aktiviti yang sebelum ini dilarang sama sekali termasuk beriadah.

Justeru apakah langkah-langkah dan peraturan yang masih mengikat anda ketika beriadah?

  1. Sekiranya anda adalah orang yang mahu melakukan aktiviti berjoging, anda masih perlu menjaga penjarakan sosial dan tiada hubungan fizikal antara anda dan orang lain. Pastikan jarak anda sentiasa dalam keadaan yang ditetapkan selamat.
  2. Apa sahaja aktiviti sosial dan riadah anda, anda dilarang untuk bersalaman dengan orang lain apabila berjumpa.
  3. Kalau tempat awam itu ramai orang, mungkin anda perlu mengambil keputusan untuk batalkan niat berlari pada waktu itu. Tunggu sehingga keadaan terkawal dan tidak ramai orang.
  4. Anda masih perlu mengamalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dan mandi selepas anda melakukan aktiviti riadah.
  5. Jika anda ingin melakukan aktiviti sukan anda dinasihatkan agar terlebih dahulu melakukan regangan pada kadar yang sedikit lama memandangkan anda sudah lama tidak bersukan untuk mengelakkan kecederaan.
Apapun yang anda ingin lakukan, anda masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu ketika PKPB dilaksanakan untuk memastikan anda sentiasa selamat dan mengambil langkah yang sepatutnya.

Anda tidak perlu terlalu teruja untuk melakukan aktiviti tanpa mengambil kira faktor kebersihan dan keselamatan dan banyakkan bersabar