Sesetengah karya-karya indie dalam bentuk novel dibimbangi boleh mengancam dan merosakkan pemikiran anak muda lantaran penggunaan bahasanya yang bersifat bebas serta kasar dan adakalanya berbaur lucah.
Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, Dr. Maskiah Masrom berkata, syarat yang diletakkan oleh penerbit menjadi penggalak kepada penulis muda untuk menggunakan bahasa slanga dan celupar.
Katanya, penulis novel indie hanya perlu menghasilkan karya mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat indie tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mengangkat martabat kesusasteraan Melayu.
"Istilah indie ini berasal daripada kata independent atau bebas, tersendiri, lebih tepat usaha penulis indie menerbitkan sendiri hasil karya.
"Mereka tidak terikat dengan prosedur dan tatacara penerbitan seperti proses penilaian serta kelulusan pihak tertentu; maka lahirlah karya kesusasteraan atas kehendak penulis dan penerbit itu sendiri," katanya di Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2017 (Pulara) di sini, hari ini.
Tambah Dr. Maskiah, penulis novel tersebut sering menyuarakan perasaan tidak senang hati terhadap pelbagai isu urban dan kontemporari di sekitar mereka.
Ujarnya, mereka dilihat mewakili golongan muda untuk melahirkan perasaan terpendam terhadap institusi yang dirasakan mengikat kebebasan mereka termasuk institusi keluarga.
"Oleh sebab itu dalam usia sekitar 20-an, mereka menganggap kes-kes urban terhad kepada kes "taboo" seperti bapa kandung perkosa anak sendiri, pelacuran, pengguguran bayi, seks songsang dan pembunuhan kejam.
"Ia turut menyumbang kepada kelahiran karya dengan judul satu perkataan sahaja yang agak "taboo" bunyinya seperti Laknat, Babi, Gelap, Gantung dan Asrama," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Maskiah turut membidas gaya penulisan buku indie yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris tanpa mencondongkan hurufnya.
"Ada tertulis di sisipan sebuah novel indie iaitu beberapa perkataan bahasa Inggeris di dalam buku tidak dicetak dengan huruf condong atau italic demi menghayati semangat urban, jelas ia merendahkan kedudukan bahasa ibunda," katanya.
"Dicadangkan supaya diwujudkan tatacara penerbitan yang selaras untuk syarikat indie dan arus perdana, jika selama ini penulis karya arus perdana terikat dengan proses ketat maka penulis indie juga tidak boleh dibiarkan bebas," ujarnya lagi.
Aida Aziz
Sat Dec 02 2017
Dr. Maskiah Masrom berkata, syarat yang diletakkan oleh penerbit menjadi penggalak kepada penulis muda untuk menggunakan bahasa slanga dan celupar. - Foto Astro AWANI
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Babi, laknat dan lucah, benarkah novel indie semakin kasar dan celupar?
Sesetengah karya-karya indie dalam bentuk novel dibimbangi boleh mengancam dan merosakkan pemikiran anak muda lantaran penggunaan bahasanya yang bersifat bebas serta kasar.