Ada 'mood' untuk bersenam? Satu kajian baru menunjukkan bahawa apabila anda berada dalam keadaan minda yang neutral, tidak gembira atau bersedih - anda lebih cenderung untuk bersenam.

Penyelidik dari John Carroll University di University Heights, Ohio, melaporkan bahawa perasaan sedih atau tertekan amat mempengaruhi sama ada seseorang itu akan bersenam, menurut laporan MyHealthNewsDaily.

Dalam mencapai kesimpulan itu, saintis-saintis tersebut telah menggunakan lebih daripada 150 pelajar universiti sebagai subjek penyelidikan dan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan.

Setiap kumpulan terbabit kemudiaannya dipertontonkan dengan rakaman video yang direka untuk menetapkan 'mood' mereka sama ada dalam suasana positif, negatif, atau neutral.

Satu kumpulan menonton segmen dari rancangan televisyen Amerika "America's Funniest Home Videos," manakala kumpulan kedua melihat bahagian yang menyedihkan dari filem "Marley & Me" di mana haiwan peliharaan keluarga meninggal dunia.

Kumpulan ketiga pula menonton klip dari dokumentari perniagaan.

Selepas menonton video, setiap mereka akan menjawab satu soal selidik.

Hampir 72 peratus daripada pelajar telah bersenam sepanjang tiga hari yang lalu, dan kira-kira dua pertiga daripada subjek menyatakan mereka bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, menurut MyHealthNewsDaily.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar yang melihat video gembira adalah kurang berkemungkinan untuk merancang aktiviti senaman berbanding mereka dalam kumpulan neutral. Mereka yang melihat video yang menyedihkan pula mempunyai kurang kemungkinan untuk bersenam.

"Kajian kami menunjukkan bahawa tanpa mengira keadaan emosi, secara umumnya ramai percaya bahawa senaman adalah aktiviti yang perlu dibuat atau digerakkan," penulis Jennifer Catellier memberitahu MyHealthNewsDaily.

"Bagaimanapun, apabila mereka membuat keputusan yang membabitkan emosi, mereka akan menolak andaian ini, dan memutuskan untuk menjalani aktiviti-aktiviti lain yang lebih menarik daripada bersenam."

Sebab kajian ini mendapati bahawa emosi boleh mensabotaj niat yang baik anda untuk kekal aktif, penyelidik mengatakan bahawa jangan bergantung pada emosi atau perasaan anda untuk bersenam dan berasaskan keputusan anda pada maklumat dan pengetahuan. Dalam erti kata lain, mencari jalan untuk mendapatkan ke gym, walaupun jika anda tidak mempunyai 'mood'.

Hasil kajian ini akan diterbitkan dalam Mac Psychology of Sport and Exercise.