SECARA jujur, tidak semua insan sanggup mengabdikan diri melakukan sesuatu yang tidak menjanjikan pulangan besar termasuklah kerja amal, apatah lagi kebanyakannya dibuat secara sukarela.
Di sebalik pujian, tidak kurang juga ada yang dilemparkan dengan kata-kata nista dan sindiran, seperti yang dikongsikan sendiri oleh Datuk Chua Sui Hau, 47, pengasas serta pengerusi pusat kebajikan One Hope Charity and Welfare yang berpejabat di Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Biarpun niat murni beliau mahu membantu insan dalam kesusahan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama, masih ada terdengar suara hasutan yang meminta beliau hanya menghulurkan bantuan kepada kaum Cina semata-mata.
Tidak mengalah dengan hasutan itu, Chua tetap bertekad untuk menyempurnakan impiannya iaitu membantu mereka yang dalam kesempitan, kesusahan sekali gus mengembalikan keceriaan insan yang perlu dibantu, tanpa mengira latar belakang, kaum serta agama yang dianuti.
Menyingkap kisah penubuhan One Hope Charity and Welfare, Chua berkata, semuanya bermula pada tahun 2002 ketika beliau berumur 27 tahun.
Pada masa itu, beliau mempunyai karier yang stabil namun acap kali Chua melihat dalam masyarakat ada ahli keluarga yang ditimpa kesusahan, menghidap sakit kritikal serta dihimpit masalah kewangan untuk melunaskan bayaran rawatan. Bukan sahaja kesihatan semakin merosot bahkan ada yang sehingga meninggal dunia.
"Kita maklum, ada pesakit yang tidak boleh tunggu lama, perlu segera jalani pembedahan, jadi saya tubuh One Hope Charity untuk membantu orang yang seperti itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sepanjang menjalankan kerja-kerja amal, Chua tidak menafikan ada sahaja cabaran yang terpaksa dilalui ketika mengendalikan pusat kebajikan berkenaan.
"Sejak hari pertama memulakan kerja amal, saya menanam hasrat ingin membantu orang Melayu, Cina dan India. Tidak juga kira agama, saya akan memberi pertolongan yang sama kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Saya pernah dikritik dengan sindiran dan kata-kata nista oleh masyarakat sekeliling yang cuba menghasut untuk tidak menolong kaum lain selain kaum saya.
"Bagaimanapun, semuanya itu tidak langsung mematahkan semangat dan menjadi penghalang kepada saya. Saya pernah diaju pertanyaan oleh segelintir pihak mengapa harus bantu kaum lain selain kaum Cina sedangkan setiap kaum mempunyai persatuan kebajikan masing-masing yang boleh membantu mereka yang susah," katanya.
KEPERCAYAAN DAN SOKONGAN MASYARAKAT JADI KEKUATAN
Pendorong utama untuk Chua tekad meneruskan kerja amal sudah tentunya kepercayaan dan sokongan masyarakat umum.
Beliau berasa puas apabila melihat ramai pesakit yang dahulunya menderita kini ceria dan semakin sihat menjalani kehidupan bersama keluarga.
"Kita semua maklum, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang pemurah dan baik hati. Mereka memberi sumbangan tanpa mengira kaum dan agama. Bagi mereka, walaupun warna kulit kita berbeza, namun darah kita semuanya berwarna merah dan nyawa lebih bernilai daripada segala-galanya," jelasnya.
Chua berharap agar lebih ramai masyarakat bersatu padu memperjuangkan hal kebajikan kerana ia dapat melahirkan suasana hidup bertoleransi dan muhibah.
"Sebelum pandemik COVID-19 ini, ibu bapa sering datang mengunjungi pejabat One Hope Charity dengan anak-anak mereka yang sudah pulih dari rawatan. Ketika melihat kanak-kanak ini yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi sebelum ini tersenyum riang sambil memeluk ibu bapa mereka dan berlari-lari di sekitar kawasan pejabat membuatkan saya gembira kerana mereka kembali pulih dan lincah," katanya sambil menambah, ada juga yang sebelum ini mempunyai masalah pendengaran kini mampu mendengar semula.
Menurut Chua, beliau juga berasa bangga apabila semakin banyak pertubuhan kebajikan muncul dalam masyarakat, masing-masing menabur bakti untuk sama-sama membantu tanpa mengira kaum dan sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan.
MAHU TUBUH HOSPITAL KEBAJIKAN
Apabila ditanya tentang impian masa hadapannya, Chua berkata beliau mahu membuka sebuah hospital kebajikan dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Fokus utamanya mahu memberikan sinaran kegembiraan kepada ramai pesakit di luar sana.
Di musim pandemik COVID-19 ini, Chua berkata, pihaknya aktif menyokong hospital bagi memerangi koronavirus yang boleh membawa maut ini.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menderma peralatan perubatan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), pelitup muka serta penyerahan dua buah katil ICU (Unit Rawatan Rapi) kepada Wad HDU Cardiothoracic Hospital Pulau Pinang.
"Selain itu, kami juga membuka Pusat Pemberian Vaksin One Hope Charity di Auto City, Juru, Bukit Mertajam. PPV ini adalah yang pertama dibuka oleh NGO (Badan Bukan Kerajaan) di negara ini," katanya.
KEPUASAN YANG SUKAR DITAFSIR
Menurut Maziiana Mohd Azhari, melakukan kerja amal merupakan kepuasan yang tidak terhingga dan sukar untuk ditafsir dengan kata-kata apabila berpeluang melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan.
Aktiviti sedemikian, katanya sudah sebati dalam dirinya sejak dari kecil bermula dari aktiviti keluarga yang suka memberi makanan kepada insan yang memerlukan.
"Walaupun ketika itu keluarga saya juga bukanlah dari kalangan orang senang namun niat dan sikap ibu yang suka membantu dan berkongsi rezeki. Sikap ini menjadi kebiasaan sehingga saya dewasa.
"Apabila diberi peluang sepenuh masa menjadi pekerja sosial ianya merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Saya sangat berharap saya terus istiqamah dalam kerja-kerja kebajikan ini hingga akhir hayat," kongsi wanita itu dalam perbualan telefon bersama Bernama baru-baru ini.
Selain menjadi pekerja kemanusiaan di NGO Al-I'tisam, Maziiana turut aktif menyertai aktiviti sukarelawan bersama NGO lain serta menjalankan aktiviti amal sendiri bersama kawan-kawannya.
Sepanjang sembilan tahun melaksanakan kerja amal itu, antara misi kemanusiaan di luar negara yang disertai Maziiana adalah di Kemboja sejak tahun 2012, misi kemanusiaan ke Gaza di Semenanjung Utara Gaza (Februari 2013), Bangladesh (2015) serta misi kemanusiaan Gempa Bumi di Palu, Sulawesi.
Manakala misi kemanusiaan di dalam negara yang pernah disertai Maziiana ialah Misi Banjir (seluruh negeri) bermula tahun 2014 hingga kini. Terkini membantu mangsa banjir di Yan , Kedah.
Selain itu, beliau turut menyertai misi Bantuan Dapur Panas (memasak masakan panas), misi Bantuan Pek Makanan termasuk perkampungan orang asli dan misi Bantuan Joran (memberi bantuan perniagaan kepada peniaga kecil).
Selain aktif dengan badan yang disertainya, Maziiana turut melakukan kerja amal secara peribadi bersama kenalan rapatnya antaranya mengutip sampah di pantai, memberi makan kepada gelandangan, membersihkan rumah asnaf, bantuan pek makanan asnaf serta membersihkan kubur tidak berwaris.
KERJA AMAL DI LUAR NEGARA
Maziiana berkata, sebelum berlakunya pandemik COVID-19, beliau kerap berada di Kemboja setiap tiga bulan bagi memastikan projek di negara itu dijalankan dengan baik dengan dibantu oleh sukarelawan Kemboja yang merupakan anak tempatan Kemboja.
Menurut Maziiana, dalam menjalankan misi kemanusiaan itu sudah tentu harapan utama adalah misi yang disertainya itu mencapai matlamat.
"Kami berharap, menerusi misi yang kami jalankan ini, generasi yang kurang berkemampuan di negara berkenaan akan berubah dan keluar daripada kemelut kemiskinan.
"Miskin ini bukan satu pilihan tetapi kita mampu mengubahnya. Di samping itu dapat mengurangkan beban penderitaan yang ditanggung walau adakalanya bantuan yang diberikan hanya seketika," katanya yang bertanggungjawab dalam mengendalikan video serta bertindak sebagai jurukamera sepanjang misi berlangsung.
Bagi Maziiana, peluang melihat sendiri keadaan sebenar yang berlaku di negara lain banyak memberi keinsafan kepada dirinya.
"Kita boleh mendidik hati dan minda kita sendiri dengan bermuhasabah diri dengan setiap apa yang dilihat di hadapan mata. Selain itu kita sedar bahawa kita tidak senantiasa berada dalam zon selesa kerana di sekeliling kita lebih ramai yang memerlukan bantuan," katanya.
-- BERNAMA / Disunting oleh Melati Mohd Ariff
Bernama
Wed Sep 08 2021
Di sebalik pelbagai susah payah dalam menjalankan misi kebajikan, ada juga suara-suara yang mempertikai usaha murni tersebut. - Gambar hiasan
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
MIHAS 2024: Globalising Halal Innovations
MIHAS 2024 plays a crucial role in globalizing halal innovations by providing a platform for international partnerships and showcasing the growing range of halal products and services. With a focus on sustainable growth, the event brings together businesses, experts, and buyers from around the world. Notably, MIHAS 2024 introduces new clusters such as Halal Ingredients, and continues promoting sectors like food, finance, and tourism. MATRADE's strategic initiatives, including a debut at the Dubai expo, further highlight its global expansion efforts in promoting Malaysia's halal industry.
AWANI Ringkas: Op Global: Bekas pengikut GISBH akan dipanggil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha dinobat juara
Menyampaikan lagu Berhenti Berharap, Farhan memperoleh markah tertinggi mengetepikan 5 finalis lain dalam pusingan The Grand Champion.
Alumni PTD nafi bekas KSN Abdul Halim meninggal dunia
Urusetia Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menafikan laporan kematian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Abdul Halim Ali.
Sambutan peringkat negeri Sarawak
Wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik bawakan perkembangan semasa sambutan Hari Malaysia di Bandar Sri Aman, Sarawak.
Tumbuk kepala pengadil, pemain Indonesia dikenakan kad merah
Satu perlawanan bola sepak di Indonesia mendapat perhatian warga maya susulan insiden seorang pemain Sulawesi tengah menumbuk kepala pengadil dalam pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON 2024).
Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.
Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.
Tuanku Muhriz kesal kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan rasa kesal dan dukacita berhubung laporan sebuah organisasi yang berselindung di sebalik kebajikan Islam dengan melakukan penderaan dan mengeksploitasi kanak-kanak.
Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan bertoleransi dengan sebarang perbuatan buli terhadap kakitangannya.
Lelaki lemas ketika menjala ikan
Mangsa dikenali sebagai Khairul Jumazlizi Ghazali, 46, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
Ungkapan ‘lembu kenyang’ punca Dewan Rakyat kecoh
Radzi menggunakan kenyatan itu bagi mengambarkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak mendengar rintihan rakyat di bawah.
SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Anak makan Panadol macam gula-gula...' Aidilfitri buka lembaran baharu buat Pak Tagie sekeluarga
Derita Pak Tagie sekeluarga menemui sinar apabila anaknya yang menghidapi tumor otak akan mendapat rawatan selepas pertemuan bermakna.
Umat Islam diseru istiqamah ibadah selepas Ramadan - Sultan Pahang
Ibadah yang dilaksana dan dipertingkatkan sepanjang Ramadan lalu dharap dapat diteruskan amalannya pada bulan-bulan lain.
Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.
Kebajikan golongan miskin tegar terus terbela menerusi rebat elektrik
Pemberian rebat itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.
Tabung Komuniti Filem untuk kesejahteraan, kebajikan penggiat industri filem
Penubuhan Tabung Komuniti Filem hari ini merupakan antara usaha gigih Kerajaan Perpaduan untuk memelihara kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri filem negara.