awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas 'hop on hop off' rancakkan Tahun Melawat Terengganu 2017

Bernama
Bernama
02/02/2017
02:19 MYT
Bas 'hop on hop off' rancakkan Tahun Melawat Terengganu 2017
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melancarkan Bas Kite di Dataran Shahbandar pada Rabu. - Foto Bernama
Kerajaan negeri Terengganu membeli dua buah bas dua tingkat bernilai RM1 juta yang berkonsepkan 'hop on hop off' untuk merancakkan lagi 'Tahun Melawat Terengganu 2017, Visit Beautiful Terengganu'.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata bas sedang dalam pembinaan itu, akan memberi perkhidmatan kepada para pelancong untuk melihat pemandangan sekitar bandar raya ini yang terkenal dengan jolokan bandar raya pesisir pantai, apabila siap kelak.
"Laluan bas berkenaan kita akan tambah daripada laluan sedia ada supaya para pelancong dapat menikmati sepenuhnya pemandangan dan keindahan panorama yang dimiliki negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Bas Kite' iaitu perkhidmatan bas bandar yang mempunyai reka bentuk rumah tradisional Terengganu di sini Rabu.
Mempunyai reka bentuk kisi atap yang unik dan berbumbung tradisional serta bermotifkan bunga-bungaan, bas ini dijenamakan semula bagi menambah baik kemudahan bas bandar sekaligus mempromosikan produk dan tempat pelancongan di sekitar bandar raya ini.
Hiasan dalaman bas ini menggunakan elemen kayu, dilengkapi kerusi taman serta dinding luar yang dihias ukiran kayu beserta tingkap boleh laras bagi kemudahan pelancongan merakam panorama indah sekeliling bandar raya ini.
Menurut kenyataan Syarikat Cas Ligas Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi bas berkenaan, perkhidmatan bas itu akan mempunyai dua laluan terkini yang lebih strategik bagi sektor pelancongan iaitu Laluan Masjid Terapung (CO1) dan Laluan Masjid Kristal (CO2).
Laluan Masjid Terapung akan bermula dari Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ke Dataran Shahbandar, Hotel Primula Beach Resort, Pantai Batu Buruk, Masjid Terapung, Kompleks Kraf Noor Arfa dan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.
Laluan Masjid Kristal pula bermula dari Terminal Bas MBKT ke Dataran Shahbandar, Bulatan Batu Bersurat, Muzium Negeri, Masjid Kristal, Kampung Losong, Pasar Pulau Warisan, Kampung Cina dan Pasar Payang.
Harga tiket bagi setiap penumpang adalah RM1 hingga RM3 seorang bagi tiket bas henti-henti, pas harian satu laluan RM5 seorang dan kadar pas harian semua laluan RM8 seorang. -- Bernama
Topic Berkaitan
#'hop on hop off'
#Menteri Besar Terengganu
#Tahun Melawat Terengganu 2017
#Visit Beautiful Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan