DI dalam Islam, sangat menganjurkan umatnya untuk merapikan diri dan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan kuku.
Malah ada yang sibuk memilih hari tertentu untuk memotong kuku walaupun kuku sudah panjang berjela!
Dalam ringkasan perkongsian bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, para ulama Fiqh Syafi’iyyah dan Hanabilah menggalakkan memotong kuku setiap hari Jumaat.
“Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri dengan mengutamakan kebersihan tetapi sekiranya tak sempat, boleh sahaja pada bila-bila masa asalkan tidak melebihi 40 hari," katanya.
Daripada Anas bin Malik R.A:
“Rasulullah memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”
Kesimpulannya Zulkifli berkata, secara khususnya tiada nas hadith sahih berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihannya yang khusus.
Jadi, hujung minggu nanti rajin-rajinlah merapikan kuku anda ya. Hujung minggu kan lebih banyak masa terluang, tips di bawah ini boleh jadi panduan untuk anda.
Sentiasa menjaga kebersihan
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih daripada kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.
Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.
Sentiasa lembut
Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.
Trim kuku
Biasakan diri untuk 'trim' kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti 'trim' kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.
Hargai kesihatan berbanding ukuran
Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah!
Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantik.
Tidak membuang kutikel
Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku.
Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.
Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.
Kebersihan peralatan kuku
Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan 'tweezer' yang digunakan agar bakteria tidak membiak.
Sentiasa menjaga kelembapan
Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku.
Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.
Kawal diet
Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku.
Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.
Artikel asal disiarkan di Nona.
Nona
Wed Sep 01 2021

Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih daripada kotoran. - Gambar hiasan

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Betul ke potong kuku perlu ikut hari tertentu? Ini yang anda perlu tahu
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih daripada kotoran. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.