Melihat rakan-rakan yang mempunyai perut yang kempis dan berotot pasti timbul rasa cemburu.

Bermain fikiran, adakah si empunya diri tidak makan atau menjamah langsung makanan berlemak dan berminyak hingga tidak mempunyai masalah perut boroi.

Malah gerakan 'sit up' dilihat bermanfaat membentuk otot perut jika dilakukan dengan cara yang betul tanpa menggunakan peralatan.

Namun, yang mencuit hati dan tular di media sosial adalah gelagat kucing melakukan senaman 'sit up'.

Kucing juga mahu kelihatan 'tough'.