SEBUT sahaja tentang diet pasti ramai yang terus terfikir akan proses untuk menurunkan berat badan.
Walhal makna sebenar itu sebenarnya sebahagian daripada makna perkataan tersebut yang sentiasa dikomersialkan oleh pelbagai pengeluar produk supplement atau makanan yang boleh membantu pengguna untuk menurunkan berat badan.
Diet juga bermaksud kuantiti makanan yang anda ambil setiap kali makan sama ada pada waktu pagi, tengah hari atau malam.
Dalam budaya popular kehidupan yang serba pantas pada masa kini juga menyaksikan bermacam jenis bentuk diet telah diperkenalkan.
Ada yang berkesan dan ada juga yang mengundang pelbagai kontroversi dan risiko.
Bagi anda yang ingin betul-betul mengamalkan gaya pemakanan sihat, diet terbaik yang boleh anda ikut ialah Diet Suku Suku Separuh (DSSS).
Sebenarnya istilah ini bukanlah satu perkara yang baharu. Dan ia telah terbukti telah membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan.
Kehebatan diet ini juga menyaksikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mempromosikannya sebagai cara diet paling baik.
KONSEP DIET
Jadi apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Diet Suku Suku Separuh? Ia sebenarnya tidak susah untuk difahami.
Maksud ‘suku suku separuh’ itu merujuk kepada jumlah makanan dalam kelas berbeza yang perlu anda makan di atas pinggan.
Bayangkan pinggan berbentuk bulat dan bahagikan kepada tiga bahagian dengan portion suku-suku-separuh.
Untuk suku pertama ialah jumlah nasi atau roti yang mewakili karbohidrat.
Suku yang kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau kekacang.
Manakala untuk yang separuh dan paling banyak disi dengan sayur dan buah.
Dalam kenyataan KKM yang pernah dikeluarkan pada Ogos 2017 mengatakan bahawa seseorang boleh mengelakkan masalah obesiti jika mengamalkan diet ini secara berterusan.
Malah, KKM juga pernah melancarkan kempen #SukuSukuSeparuh pada tahun 2017 dan ia juga pernah tular di laman media sosial.
MASKULIN juga pernah mengeluarkan artikel yang menampilkan perkongsian seorang wanita turun 40kg selepas mengamalkan diet ‘ajaib’ ini!
Jadi ini bukanlah satu diet yang popular semata kerana ia diamalkan oleh artis atau selebriti. Tetapi inilah diet yang paling berkesan dan terbukti boleh anda cuba untuk menurunkan berat badan.
Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong.
Antara menu contoh diet suku suku separuh yang boleh anda ikut:
NASI BUKAN MUSUH
Menerusi diet ini jelas terbukti bahawa nasi bukanlah musuh utama diet anda.
Cuma apa yang perlu anda lakukan adalah menjaga jumlah nasi yang diambil setiap kali makan. Usahlah terlalu mengikut hawa nafsu sangat.
Antara teknik lain berkesan untuk memastikan diet seperti ini memberikan hasil yang baik ialah berhenti makan sebelum kenyang.
Ini juga merupakan amalan orang-orang tua untuk kekal awet muda dan elak perut boroi.
Lebih baik anda makan banyak kali dalam sehari tetapi dalam portion yang sedikit.
Jika anda ingin melihat hasil lebih baik gantikan nasi putih dengan nasi beras perang atau basmathi.
Untuk roti pula pilihlah roti daripada jenis wholegrain.
Buat anda yang ada keazaman untuk menurunkan berat badan bolehlah memulakan diet pada hari ini.
Jaga portion makanan, anda pasti berjaya!
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Jan 09 2022
Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong. -Gambar hiasan
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
'Diet SSS' diperakui antara cara terbaik singkir berat berlebihan
Untuk mendapat impak lebih besar anda juga dinasihatkan untuk meninggalkan minuman bergula dan lebihkan minum air kosong.