TAHUN lalu Disney+ mengumumkan mereka akan mula menghalang perkongsian kata laluan bermula dengan Kanada.

Hari ini pelanggan Disney+ di Amerika Syarikat (AS) mula menerima emel mengingatkan mereka untuk tidak lagi berkongsi kata laluan.

Peringatan tiba beberapa selepas pelanggan Hulu turut menerima peringatan yang sama.

Perkongsian kata laluan dikuatkuasakan bagi meningkatkan pendapatan platform yang masih belum mencatatkan keuntungan sejak beroperasi sejak 2019.

Disney+ mungkin melihat jumlah pelanggan Netflix meningkat selepas mengharamkan perkongsian kata laluan serta memperkenalkan pelan dengan sokongan iklan.

Pelan sokongan iklan mereka juga kini ditawarkan oleh Prime Video.

Nyata era pelan penstriman yang lebih murah berbanding TV berbayar telah berakhir. Realitinya orang ramai tidak mampu melanggan beberapa platform secara serentak.

Netflix akhirnya muncul pemenang dengan pelanggan yang semakin meningkat walaupun awal tahun lalu diramalkan bakal dikuburkan oleh Disney+, Paramount+, dan HBO Max kerana nilai saham yang menjunam. -Amanz