KUALA KRAI: Bekas pengurus kedai telekomunikasi yang hilang pekerjaan pada Mac tahun lepas akibat pandemik COVID-19, kini adalah seorang petani berjaya yang meraih pendapatan lima angka sebulan.
Mohd Saifullah Che Mat, 28, yang juga merupakan siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata beliau terpaksa melupakan kerjaya sebagai pengurus, berikutan kedai telekomunikasi tidak dapat beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Enggan terus bersedih, pemuda itu secara semborono 'terjun' ke dalam bidang pertanian dengan menanam sebanyak 800 pokok lada solok di atas tanah milik bapanya Che Mat Hussin, 72, bermodalkan RM4,000.
"Benarlah seperti pepatah 'malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut' terkena pada dir saya apabila mengalami kerugian dalam percubaan pertama dengan kesemua tanaman lada solok rosak kerana saya tidak mempunyai ilmu dalam bidang pertanian.
"Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat atau menyebabkan saya putus asa, dan seterusnya mengambil inisiatif berguru dengan kenalan yang mahir dalam bidang ini, selain turut belajar melalui YouTube," kata Mohd Saifullah ketika ditemui pemberita di kebun sayurnya di Kampung Chuchoh Puteri, di sini hari ini.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Komunikasi itu berkata, selepas gagal kali pertama beliau mencuba pula menaman sebanyak 1,200 pokok terung secara konvensional.
Katanya, dalam tempoh seminggu sahaja kira-kira 300 kilogram (kg) terung dapat dituai sehari dengan hasil jualan mencecah RM800.
"Melihat pada hasil tanaman terung yang memberangsangkan, selain ia turut memberi pulangan lumayan, saya mula mengusahakan 1,000 pokok lada burung secara fertigasi menggunakan geran sebanyak RM10,000 yang diperoleh daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
"Menerusi percubaan tanaman lada burung atau dikenali sebagai cili padi kampung itu, saya mula mencipta kelainan dengan menggunakan kaedah fertigasi, kerana kaedah ini dikatakan lebih mudah untuk diurus, selain ia turut menjimatkan kos sekali gus dapat mengurangkan risiko diserang serangga perosak," jelas anak bongsu daripada lima adik-beradik itu.
Mohd Saifullah menarik nafas lega apabila usaha jerih-perihnya akhirnya membuahkan hasil, apabila tanaman itu menjana 70 hingga 100 kg lada burung.
Katanya lada burung itu dijual kepada peraih di sekitar daerah ini dengan harga RM12 hingga RM15 sekilogram, mengikut harga pasaran semasa.
Tanaman lada burung itu juga, menurutnya, mampu memberi pulangan dalam tempoh yang singkat iaitu hanya sekitar 45 hari dan mempunyai jangka hayat yang agak lama bagi tanaman sayur iaitu setahun.
"Hasil tanaman saya ini turut mendapat permintaan di luar Kelantan seperti Johor, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur, serta saya memasarkan secara dalam talian supaya dapat mengelakkan berlakunya lambakan," kata Mohd Saifullah yang meraih pendapatan hingga RM10,000 sebulan.
Justeru, beliau menasihati individu yang hilang punca pendapatan disebabkan pandemik COVID-19 atau sukar mencari pekerjaan, agar mencuba nasib di dalam bidang pertanian yang berpotensi memberi keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Mohd Saifullah Che Mat, 28, menunjukkan lada burung atau dikenali sebagai cili padi kampung yang ditanam ketika ditemui pemberita di kebun sayur miliknya di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai. - Bernama
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Dulu 'pengurus' kini pengusaha cili, pemuda raih pendapatan lima angka
Enggan terus bersedih, pemuda itu secara semborono 'terjun' ke dalam bidang pertanian dengan menanam sebanyak 800 pokok lada solok di atas tanah milik bapanya.