awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara isteri pertama Ude, jualan tudung Alif Syukri naik 50 peratus

Gempak
Gempak
19/03/2018
10:50 MYT
Gara-gara isteri pertama Ude, jualan tudung Alif Syukri naik 50 peratus
Menurut Aliff, dia mengambil madu kepada aktres Izreen Azminda itu sebagai model untuk menambahkan pendapatan Intan yang merupakan ibu kepada dua orang anak. - Foto Astro Gempak
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui isteri pertama kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, Intan Liana Saleh memberikan impak positif terhadap jualan jenama tudungnya.
Baru-baru ini, Aliff melantik Intan sebagai model tudung jenama Aliff by Sha selama enam bulan.
"Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus.
"Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik," kata Aliff.
[BACA: "Ya, Memang Saya Ambil Kesempatan Terhadap Isteri Pertama Ude" - Aliff Syukri]
Tambah penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, dia mengambil madu kepada aktres Izreen Azminda itu sebagai model untuk menambahkan pendapatan Intan yang merupakan ibu kepada dua orang anak.
"Saya mengambilnya sebagai model untuk membantunya menambah pendapatan. Dia mempunyai aura untuk mengembangkan lagi bakat serta kerjaya, namun dia sangat mentah dan naif.
"Banyak yang perlu Intan pelajari untuk menjadi lebih menyerlah selepas ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aliff sedang mempertimbangkan beberapa tawaran untuk berlakon dalam beberapa telefilem serta drama.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Aliff by Sha
#Aliff Syukri
#Bawal Bawang
#Izreen Azminda
#kosmetik
#Liana Salleh
#perniagaan
#Shawl Tingkat
#tudung
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan