LIFESTYLE
Gara-gara tak kena dengan tekak, 'nasi lemak' trending di media sosial

Nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia - Foto commons.wikimedia.org
JIKA ditanya makanan apa yang paling digemari oleh rakyat Malaysia, sudah tentu jawapannya adalah nasi lemak.
Namun kita bukanlah hendak bercerita mengenai resepi masakan ini ataupun di mana nasi lemak yang paling sedap, tetapi kita hendak bercerita mengenai pengalaman seorang wartawan dari United Kingdom memakan nasi lemak.
Terbaharu, makanan kegemaran ramai ini trending di media sosial apabila seorang wartawan Telegraph, Katie Morley berkongsi pengalamannya semasa menaiki salah sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di UK di laman Twitternya pada Rabu.
Menurutnya, dia telah dihidangkan nasi lemak semasa penerbangannya selama 13 jam dan ia merupakan satu hidangan yang tidak kena dengan seleranya sehinggakan dia memberikan rating kepada makanan tersebut 0/10.

.
Alamak!

.
Namun ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna sosial media dan mula menyatakan bahawa makanan tersebut sebenarnya sedap.
Ini antara respon-respon pengguna sosial media.
BACA: Ada juga yang berpendapat bahawa itu tidak menjadi masalah kerana Katie sepatutnya mempunyai banyak pilihan makanan kerana ia merupakan penerbangan selama 13 jam.
Tapi yang pasti kita tidak boleh salahkan sesiapa, lain orang lain cita rasanya, tapi apa yang pasti nasi lemak tetap di hati rakyat Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami