BAGAN DATUK:Pendayung kayak solo wanita, Nur Adila Abu Hasan melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya menongkah arus Sungai Perak sejauh 361.4 kilometer (km) selama tujuh hari.
Nur Adila, 38, memulakan Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 di Tasik Banding, Gerik pada 27 Disember lepas dengan menyusuri Sungai Perak dan tiba di Beting Beras Basah di sini kira-kira 9.30 pagi, semalam.
Ibu kepada empat orang anak dan bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian Perak, Ipoh berkata dayungan itu merupakan sebahagian daripada beberapa misi yang dilakukannya sebelum ini bagi memenuhi minat terhadap sukan lasak itu.
Berkongsi cabaran dihadapi, Nur Adila berkata beliau terpaksa berdepan arus deras yang menyebabkan jarak dayungannya melebihi sasaran.
"Pada mulanya sasaran dayungan sejauh 350 km jika mengikut aliran arus biasa, namun semasa di Empangan Kenering, Lenggong aliran air lebih deras, menyebabkan melebihi sasaran. Saya bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dengan jarak paling jauh adalah sepanjang 80 km dari Kenering ke Kuala Kangsar," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 yang dirasmikan Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Dataran Bagan Datuk di sini hari ini.
Pada majlis itu, Nur Adila menerima sijil pengiktirafan daripada Penyelidik Analisis MBOR Nurul Fatihah Mahmood sambil disaksikan Penaung Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi.
Nur Adila yang mula berkayak sejak 2017 mengambil masa kira-kira setahun untuk membuat persediaan kerana latihan di lapangan terpaksa ditangguhkan sementara susulan wabak COVID-19 sebaliknya diganti dengan latihan di gimnasium dan aktiviti sukan lain.
"Ekspedisi kali ini memang mempunyai cabaran tersendiri antaranya saya tersangkut di dalam lumpur sehingga paras pinggang. Saya terpaksa menggoyangkan badan selama 20 minit bagi memudahkan pergerakan dan masuk ke dalam kayak semula untuk meneruskan misi.
"Pengalaman itu menjadi kenangan manis dan mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa," katanya sambil menambah akan melakukan misi dayungan seterusnya bersama seorang rakan, Saidatul Atiqa Md Isa, 31, di Danau Toba, Indonesia tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021

Nur Adila berkata beliau terpaksa berdepan arus deras yang menyebabkan jarak dayungannya melebihi sasaran. - Twitter/bernamadotcom
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (20 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (20 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/13948834891611182296803/1886513_8967789641611183046008_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (20 Jan 2021)
![[INFOGRAFIK] EAC seimbang perlindungan nyawa, kepentingan ekonomi [INFOGRAFIK] EAC seimbang perlindungan nyawa, kepentingan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29841074471611182296825/1886512_8967789641611182695575_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] EAC seimbang perlindungan nyawa, kepentingan ekonomi
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (20 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu (20 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/3746238061611182296801/1886511_8967789641611182634006_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (20 Januari 2021)
![[INFOGRAFIK] Kerjasama ibu bapa, guru elak keciciran pelajaran [INFOGRAFIK] Kerjasama ibu bapa, guru elak keciciran pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/14212119311611182296795/1886510_8967789641611182502761_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kerjasama ibu bapa, guru elak keciciran pelajaran
![[INFOGRAFIK] Pertahankan UMNO bukan pemimpin [INFOGRAFIK] Pertahankan UMNO bukan pemimpin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28857873081611182296809/1886508_8967789641611182319205_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pertahankan UMNO bukan pemimpin

Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan
Serbuan pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun.

COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

AWANI Ringkas: Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46 | Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan

James Corden hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali ini, Corden mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km
Nur Adila memulakan Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 di Tasik Banding, Gerik pada 27 Disember lepas.