DUBAI: Legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi memikul peranan baharu sebagai duta jenama pakaian mewah Arab Saudi, Sayyar.

Dalam kempen yang dipamerkan di laman Instagram jenama itu baru-baru ini, Messi, yang bermain untuk Inter Miami telah dirakam mengenakan jubah tradisional beserta selendang merah-putih.

Video kempen itu memaparkan Messi bergambar di hadapan kamera dan melaraskan hiasan kepala. Klip itu berakhir dengan dia memegang kotak oren dengan nama jenama itu.

Ini bukan kempen pertama Messi dikaitkan dengan Arab Saudi.

Pada Januari, Lembaga Pelancongan Saudi melancarkan kempen pemasaran global sebagai sebahagian daripada jenama "Saudi, Selamat Datang Ke Arab" dengan Messi sebagai duta.

Dilancarkan merentasi pasaran sasaran utama di Eropah, India dan China, kempen "Go Beyond What You Think" berpaksikan pada pandangan pengguna, yang mendedahkan masih terdapat salah tanggapan tentang destinasi tersebut."

Ia menjemput penonton untuk "mengalami transformasi budaya yang luar biasa dan bersemangat yang berlaku di seluruh Saudi."

Pada Mei tahun lalu, Messi melawat At-Turaif, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Diriyah yang berusia 300 tahun, semasa lawatannya ke Arab Saudi bersama keluarganya.

Superstar bola sepak dunia itu turut berkunjung ke Diriyah dan menikmati pengalaman menjamu selera di Al-Bujairi Terrace.

Messi dan keluarganya tidak ketinggakan melawat VIA Riyadh dan Boulevard Riyadh City iaitu dua daerah hiburan dan peruncitan ultra-moden di bandar itu.

Mereka juga pergi ke Muzium Kuda Arab dan berinteraksi dengan kuda Arab tulen. Messi kemudiannya bergambar sambil memegang burung helang putih di lengannya. - Arab News