awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inilah 'hari keluarga bikers' Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2019
07:51 MYT
Inilah 'hari keluarga bikers' Malaysia
Kuala Lumpur Bike Week 2019 berlangsung pada 20 dan 21 Disember 2019 - Foto Astro AWANI/Tahiruddin
Stigma masyarakat bila bercakap tentang kumpulan bermotor, pastinya terarah kepada cerita negatif.
Namun, hakikatnya menjadi seorang 'bikers' bukanlah semuanya penuh dengan aktiviti yang berbahaya dan juga tidak bermoral, tetapi ia lebih kepada aktiviti riadah di samping meluaskan hubungan.
Kuala Lumpur Bike Week 2019 yang berlangsung di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Sungai Besi, menjadi pentas penting buat semua bikers di seluruh negara untuk berkumpul dan juga berkongsi pengalaman masing-masing.
Kuala Lumpur Bike Week 2019 berlangsung pada 20 & 21 Disember 2019 - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Kuala Lumpur Bike Week 2019 berlangsung pada 20 & 21 Disember 2019 - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Bagi penganjurnya, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar, edisi kesepuluh kali ini amat signifikan dengan perkembangan komuniti peminat motosikal di Malaysia.
"Mungkin dulu, kita boleh kenal semua kumpulan bikers yang ada, tetapi kini jumlahnya telah ramai dan kita terpaksa mencari lokasi yang lebih besar untuk membolehkan semua bikers berkumpul," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Tambahnya, menjawab berkaitan stigma masyarakat terhadap bikers, katanya bikers kini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang lebih suka untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Kuala Lumpur Bike Week 2019 berlangsung pada 20 & 21 Disember 2019 - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Kuala Lumpur Bike Week 2019 berlangsung pada 20 & 21 Disember 2019 - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
"Kalau ramai yang kata bikers ni budak jahat, itu semua mungkin pandangan daripada cara berpakaian sahaja.
"Hakikatnya lebih ramai bikers yang ada kini dari kalangan profesional.
"Jadi, Kuala Lumpur Bike Week kali ini, ia boleh dianggap sebagai 'hari keluarga' kepada semua bikers," tambahnya.
Turut dipamerkan, hasil seni permotoran - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Turut dipamerkan, hasil seni permotoran - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Bukan sahaja membabitkan ratusan motosikal pelbagai jenis, Kuala Lumpur Bike Week edisi kali ini turut bekerjasama dengan Retro Havoc Gathering Vol.2 untuk menampilkan 400 kereta melibatkan pelbagai model supercar, klasik dan banyak lagi.
Selain itu, ada lebih 80 reruai dibuka meliputi jualan dan juga pameran berkaitan seni permotoran turut dibuka.
Turut dipamerkan, hasil seni permotoran - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Turut dipamerkan, hasil seni permotoran - Foto Astro AWANI / Tahiruddin
Topic Berkaitan
#Idi CMC
#KL Bike Week 2019
#Kuala Lumpur Bike Week 2019
#Muhd Idi Iskandar Abu Zahar
#Rempit Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan