Restoran Banana Leaf Raj kembali dibuka hari ini selepas lulus pemeriksaan yang ketat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bahagian Makanan dan Keselamatan, Kementerian Kesihatan.
Dijenamakan kembali dengan nama RBL Banana Leaf (RBL), keputusan untuk merombak operasi dan mengguna pakai nama baharu merupakan simbol permulaan dan mengambil iktibar daripada pengalaman lalu.
"Kami memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terjejas oleh kelalaian kami. Kejadian ini menjadi pengajaran untuk mengatasi kekurangan, memperbaiki operasi dan mematuhi semua peraturan dan piawaian yang relevan untuk menawarkan pelanggan pengalaman terbaik di RBL," kata Muhamad Rizal Abd Rahman, Pengarah RBL, dalam satu kenyataan media.
Kenyataan itu juga menyebut restoran tersebut telah menjalani banyak pengubahsuaian di dapur, bahagian penyediaan makanan dan minuman, ruang mencuci serta bahagian makanan.
Ia turut memiliki sistem aliran makanan dan bahagian sebelum serta selepas mencuci yang disusun semula bagi memastikan proses pengendalian yang lebih baik.
Pembukaan restoran itu dibuat selepas tiga bulan lesen operasi mereka dibatalkan susulan video yang menunjukkan beberapa kakitangannya membasuh pinggan mangkuk menggunakan lopak air.
Astro Awani
Wed Aug 29 2018
Raj Banana Leaf kini dijenamakan semula sebagai RBL Banana Leaf atau RBL. -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kembali dibuka, Raj Banana Leaf sudah ambil iktibar
Rombakan operasi dan mengguna pakai nama baru merupakan simbol permulaan dan mengambil iktibar daripada pengalaman lalu.