PERSONALITI media sosial dan pengusaha Sambal Nyet, Khairul Aming menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video meraikan para pekerjanya dengan membeli persiapan menyambut Aidilfitri.
Menerusi video yang dimuat naik di platform media sosial miliknya, seramai 100 orang pekerjanya diberi bonus duit raya dan juga berbuka puasa di sebuah hotel.
“Kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan keluarga, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa dekat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pula,” tulisnya.
Syukur dapat kongsi rezeki
Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan ini juga mengucapkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan para pekerjanya.
“Tahun ini kita nak mereka beli barang dapur siap-siap untuk keluarga mereka buat persiapan hari raya nanti.
“Ini benda yang paling mereka nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua pekerja. Masa ini semua gembira, muka pun dah tersenyum.
“Jadi kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persiapan raya bersama keluarga juga nanti,” katanya.
Netizen suka cara Khairul Aming
Sementara itu, ruangan komen video itu dipenuhi dengan kata-kata positif netizen yang sememangnya menyukai cara Khairul Aming menghargai para pekerjanya.
Antara komen yang diterima adalah:
Untuk info, Khairul Aming juga merupakan antara pempengaruh yang popular kerana banyak memberikan inspirasi kepada golongan muda masa kini. - Gempak
Gempak
Wed Apr 03 2024
Khairul Aming berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan kakitangannya menjelang sambutan Aidilfitri.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Khairul Aming belanja staf baju raya, barang dapur, buka puasa dan duit raya!
Jarang jumpa ketua yang macam ini, semoga murah rezeki Khairul Aming.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah mendapat sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan selamat.
Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Secara keseluruhannya, kejayaan yang 219 saat yang dilakar Khairul Aming pada Jumaat bukanlah usaha semalaman.
Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun, produk kedua Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual secara rasmi pada 2 Feb.
Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming hantar surat tuntutan
Khairul Aming berkata, peguamnya telah pun menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.
[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Pesanan dititipkan Khairul Aming sarat dengan mesej buat golongan anak muda yang terdorong untuk menjadi pempengaruh media sosial sepertinya.
Khairul Aming dinobat sebagai Creator Of The Year
Khairul yang merupakan usahawan berjaya turut menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
'Saya tak rasa tergugat, rezeki masing-masing' - Khairul Aming
Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Dr Rafidah Abdullah mohon maaf kepada Khairul Aming
Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.