Kini Trending terus berkongsi 5 cerita paling menarik di media sosial.

321

#5 PENULIS LELAKI ITU J.K. ROWLING

Penulis Harry Potter, J.K Rowling mengakui bahawa ‘The Cuckoo’s Calling' adalah karyanya, penjualan novel itu melonjak sehingga 5000 unit tempahan hanya dalam beberapa jam sahaja.

Rowling mengakui telah menyamar sebagai seorang penulis lelaki dengan nama Robert Galbraith bagi menulis novel bergenre jenayah itu.

Sunday Times menjadi akhbar pertama yang membuat pendedahan ini dan selang beberapa jam, penjualan novel The Cuckoo’s Calling melonjak carta jualan Amazon.

123

#4 ARSENAL BELASAH PILIHAN INDONESIA

Trending di kalangan peminat Kelab Arsenal hari ini apabila pasukan itu memulakan kempen pra musim 2013-2014 dengan bergaya apabila membelasah pilihan Indonesia pada aksi siri jelajah Asia.

Skuad kendalian Arsene Wenger ini membuka tirai jaringan pada minit ke-19 apabila Theo Walcott bijak menyempurnakan umpanan Alex Oxlade Chamberlain untuk gol pendahuluan.

Pada perlawanan yang berlansung di Stadium Gelora Bung Karno itu, The Gunners menang tujuh gol tanpa balas.


#3 MOHON MAAF TAPI SIASAT TETAP DITERUSKAN

Susulan kes pasangan Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan umat Islam, kedua mereka semalam memuat naik video memohon maaf berdurasi 1.22 minit di Youtube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dalam kenyataannya memaklumkan, pasangan ini telah hadir ke (SKMM) pagi tadi bagi dirakam kenyataan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Tambahnya, kedua mereka disiasat di bawah seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

123

#2 KEMATIAN MONTEITH #PrayForLea & #StayStrongLea

Susulan kematian mengejut pelakon utama Glee, Cory Monteith, #ripCoryMonteith dan #StaystrongLea terus menjadi trending terutamanya di platform Twitter.

Pasangan itu telah merancang untuk melansungkan perkahwinan dalam masa terdekat sebelum Monteith ditemui mati mengejut di bilik hotelnya Sabtu lalu.

Berkongsi rasa sedih, peminat seluruh dunia mengepilkan foto pasangan berkenaan pada Twitter mereka.


#1 RAMADAN BERSAMA 130,000 UMAT ISLAM DI KOREA

Trending di Youtube sepanjang bulan Ramadan ini adalah paparan umat Islam Korea yang menjalani ibadah puasa.

Majoriti populasi muslim adalah pendatang asing dari pakistan dan Bangladesh yang datang ke negara itu bagi memenuhi sektor pekerjaan

Sejak video berkenaan dimuat naik ke Youtube pada 9 Julai lalu, ia telah mengumpul lebih 216,000 tontonan dan menjadi trending di kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang pernah atas sedang belajar di Korea Selatan.

Semuanya di Kini Trending setiap hari 8:15 malam di Astro Awani.