KL Hop-On Hop-Off dinaik taraf, sedia tarik lebih ramai pelancong

Naik taraf itu melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, bagi memperkenalkan enam bas dua tingkat baharu.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas pelancongan bandar KL Hop-On Hop-Off kini berwajah baharu dengan lima penambahbaikan utama bagi menampung keperluan jutaan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ringkasan AI
- Perkhidmatan KL Hop-On Hop-Off diperbaharui dengan pelaburan RM10 juta melibatkan enam bas dua tingkat baharu berkonsep terbuka sepenuhnya, sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Lima penambahbaikan utama diperkenalkan termasuk sistem komentar pelbagai bahasa janaan AI, capaian Wifi 4G/5G berkelajuan tinggi, perlindungan insurans komprehensif, tempat duduk ergonomik dan pencahayaan ambien berteknologi keselesaan.
- Penjenamaan semula bertemakan -Ronda-Ronda Kuala Lumpur- mencerminkan semangat tempatan dan hospitaliti Malaysia, dengan matlamat menawarkan pengalaman pelancongan bandar yang lebih selesa, selamat dan bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata pelancaran bas baharu itu merupakan detik penting dalam pembangunan pelancongan dan mobiliti bandar Kuala Lumpur.
Menurutnya, kejayaan itu dapat direalisasikan hasil kerjasama strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang komited memperkukuh imej ibu negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
“Lima penambahbaikan utama yang diperkenalkan termasuk sistem komentar (ulasan) pelbagai bahasa janaan kecerdasan buatan (AI), capaian Wifi berkelajuan tinggi, perlindungan insurans, tempat duduk ergonomik serta pencahayaan ambien dengan teknologi keselesaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sepanjang perjalanan, pelancong akan diberikan ulasan dalam 20 bahasa dan pada masa sama boleh melayari internet menggunakan Wifi percuma 4G/5G yang disediakan di dalam bas.
“Bas baharu ini turut dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) definisi tinggi, perlindungan insurans komprehensif dan pencahayaan ambien bagi memberi pengalaman lebih selamat serta menyeronokkan kepada penumpang,” katanya.
Syed Azhar menjelaskan, dengan penambahbaikan itu, penumpang kini dapat menikmati perjalanan lebih selesa dan penuh gaya selaras dengan standard perkhidmatan antarabangsa.
“Sejak hampir dua dekad beroperasi, KL Hop-On Hop-Off telah memberi perkhidmatan kepada berjuta penumpang tempatan dan antarabangsa.
"Penjenamaan semula bertemakan Ronda-Ronda Kuala Lumpur mencerminkan semangat tempatan, santai dan mesra yang menjadi simbol kemajuan, kelestarian serta hospitaliti rakyat Malaysia,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


