awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larikan diri selepas langgar kereta polis

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
26/06/2015
08:23 MYT
Larikan diri selepas langgar kereta polis
Rakaman pendek yang memaparkan sebuah kereta mewah merempuh kereta peronda polis sebelum melarikan diri menjadi viral di media sosial.
Rakaman pendek yang memaparkan sebuah kereta mewah merempuh kereta peronda polis sebelum melarikan diri menjadi viral di media sosial pada minggu ini.
Kejadian itu dirakamkan oleh kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan lain sebelum dimuat naik ke laman YouTube pada 24 Jun lalu.
Berdasarkan tarikh rakaman yang terpampang di skrin kamera, insiden berlaku sekitar jam 8.55 pagi Isnin.
Menerusi video sepanjang satu minit dan 19 saat itu, kelihatan sebuah kereta polis dipandu di lorong kiri dilanggar oleh sebuah kereta jenis Volkswagen Polo yang memecut laju.
Kereta Volkswagen Polo itu dilihat tidak dapat mengelak lalu melanggar kereta polis yang berada di lorong yang sama.
Kereta Volkswagen Polo itu tidak berhenti dan dilihat terus melarikan diri dari tempat kejadian sementara kereta polis merempuh penghadang jalan.
Memetik laporan Mstar, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan menjelaskan bahawa pemandu yang membawa Volkswagen Polo itu merupakan seorang pelajar kolej berusia 21 tahun.
Walaupun melarikan diri, pelajar itu tetap membuat laporan polis pada hari yang sama. Kes disiasat kerana suspek memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
Sementara itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengongsikan pendapat mereka mengenai kejadian itu. Sebahagian pengguna mentafsir sendiri dan menyimpulkan muat naik di YouTube itu.
Langar Polis 1
Langar Polis 1
Langar Polis 2
Langar Polis 2
Langar Polis 3
Langar Polis 3
Langar Polis 4
Langar Polis 4
Topic Berkaitan
#langgar lari
#polis
#volkswagen polo
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan