awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2022
21:45 MYT
Mayat wanita ditemukan terapung dalam sungai
Satu mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan dalam Sungai Plentong berdekatan Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Rabu. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Satu mayat wanita dipercayai warga asing ditemukan dalam Sungai Plentong berdekatan Jalan Masjid, Kampung Plentong Baru, Masai di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mayat wanita berusia 64 tahun itu ditemukan terapung-apung oleh orang awam pada jam 10.45 pagi.
"Mayat itu dipercayai rakan kepada seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang membuat laporan polis mengenai kehilangan rakan serumahnya.
"Rakan mangsa yang hilang itu membuat pengecaman menerusi pakaian si mati," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR).
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Anak Lampas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis mengangkat naik mayat tersebut pada jam 12.11 tengah hari.
Ujarnya, seramai lapan anggota dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu unit bot kecil dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Tiram dikejarkan ke tempat kejadian.
"Mayat itu didapati berada di permukaan sungai dengan jarak 10 meter dari tebing sungai dan disahkan sudah meninggal oleh pasukan perubatan yang hadir.
"Operasi tamat jam 2.45 petang," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Plentong
#warga asing
#mayat wanita
#Mohd Sohaimi Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan