awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menu sama sejak 36 tahun lalu masih pikat selera

Faida Rahim
Faida Rahim
21/11/2022
07:12 MYT
Menu sama sejak 36 tahun lalu masih pikat selera
Paling utama saya dan isteri tidak upah mana-mana tukang masak kerana nasi beriani Meera memang merupakan air tangan kami dan dibantu dua pekerja di gerai. - Astro AWANI
AMPANG: Hidangan nasi beriani memiliki penggemar tersendiri. Tidak hairanlah banyak peniaga berlumba menyajikan hidangan beriani di premis mereka.
Namun apa yang menjadi cabaran peniaga nasi beriani adalah untuk menarik pengunjung untuk kembali semula menikmati menu di kedai mereka.
Peniaga Nasi Kandar Meera yang diasaskan pada tahun 1986, Nazeef Nagur mengakui ritma peniaga makanan masa kini banyak berubah.
“Lebih 30 tahun, jenama nasi beriani Meera sudah bertapak di Ampang. Kalau nak bandingkan zaman sewaktu arwah abah mengusahakan bisnes ini, memang amat berbeza.
“Zaman sekarang, semuanya bergerak pantas dan tidak boleh terlambat dalam pemasaran digital. Saingan memang sengit memandangkan terlalu banyak restoran menyajikan menu nasi beriani,” katanya yang mempromosikan perniagaannya di sosial media.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Tambah Nazeef, bagi mengekalkan kualiti rasa yang konsisten, dia dan isteri, Hasmaliza Yusoff sanggup masuk ke dapur seawal jam 4 pagi setiap hari untuk memasak sendiri.
“Sebelum arwah abah meninggal dunia akibat kanser, saya merupakan kakitangan kerajaan. Namun selepas abah tidak sihat, saya ambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menyambung legasi perniagaan.
“Syukur saya sempat belajar banyak perkara mengenai bisnes sebelum dia meninggalkan kami selamanya.
“Paling utama saya dan isteri tidak upah mana-mana tukang masak kerana nasi beriani Meera memang merupakan air tangan kami dan dibantu dua pekerja di gerai,” katanya yang mengambil alih perniagaan sejak tahun 2017.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Berkongsi permulaan awal Nasi Beriani Meera, Nazeef memaklumkan lokasi kedai pernah beberapa kali berpindah sebelum ini.
“Sepanjang 36 tahun bertapak dalam perniagaan, kami pernah berniaga di beberapa tempat antaranya menyewa restoran di Kg Pandan. Bila kontrak tamat, arwah abah berniaga di tepi jalan besar Taman Nirwana sebelum mendapat tapak tetap di Kompleks Muhibah Taman Nirwana sejak 2002.
“Meskipun lokasi kami berpindah beberapa kali, hidangan menu yang sama resipi diturunkan sejak arwah abah berniaga masih kekal sehingga kini. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah kari ayam, ayam masak merah, kari kambing dan banyak lagi.
“Tak lengkap hidangan nasi beriani tanpa dalca dan papadom. Dengan harga berpatutan, ramai pengunjung yang sering menikmati hidangan termasuk selebriti terkenal seperti Allahyarham Dahlan Zainudin, Norkumalasari dan AR Badul,” akhirinya.
Topic Berkaitan
#peniaga
#Nasi Kandar Meera
#nasi beriani
#Pasar Muhibah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan