awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musang King Raub termahal di dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
18/12/2023
03:45 MYT
Musang King Raub termahal di dunia
Qi Wen (kiri) berjaya membeli durian Musang King Raub pada majlis tersebut. Turut hadir Fadzli (tengah). (Gambar kanan: Fadzli (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Qi Wen (tiga dari kanan) selepas berjaya membida durian Musang King.
KUANTAN : Durian Musang King Raub yang berharga RM185,000 sebiji antara yang termahal di dunia.
Perkara itu dimaklumkan Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal selepas menyaksikan bidaan raja buah itu.
Beliau berkata, harga permulaan bidaan bagi durian berkenaan adalah RM2,000 sebiji.
"Kemudiaannya (harga) meningkat selepas beberapa kali (bidaan dibuat) sehinggalah mencecah RM185,000 sebiji. Pemenangnya ialah Huang Qi Wen.
"Bidaan kedua tertinggi untuk durian duri hitam (black thorn) adalah bernilai RM15,000 sebiji," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook miliknya pada malam Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu berkata, hasil bidaan durian ini kemudiannya disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ruan, Raub bagi penambahbaikan infrastruktur sekolah.
"Datuk Ken (Pengerusi Persatuan Peniaga Durian Pahang, Datuk Lye Wee Ken) menyumbang sebanyak RM204,444 melalui program bidaan yang berlangsung di SMK Sg Ruan, Raub, ini.
“Ini bermakna, keseluruhannya, sebanyak RM404,444 berjaya dikutip untuk bidaan sebiji musang king dan sebiji duri hitam pada malam ini (Ahad)," ujar Fadzli lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Musang King
#Musang King Raub
#Musang King Raub termahal di dunia
#bidaan harga durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan