SEBAGAI pemandu tidak dapat dinafikan kita memang sangat jarang perhatikan asap ekzos yang keluar.
Apa tidaknya kita yang memandu kenderaan sendiri memang tidak akan nampak asap keluar dari ekzos di belakang.
Melainkan asap itu betul-betul tebal dan ketika kenderaan tidak bergerak barulah kita perasan.
Di sinilah anda perlu sentiasa panaskan enjin dan perhatikan warna asap yang keluar dari ekzos.
Apabila ia mengeluarkan sebarang warna ia mungkin petanda kereta bermasalah.
Tapi tahukah anda setiap warna asap keluar dari ekzos membawa petanda kerosakan berbeza?
Berikut MASKULIN kongsikan apa makna di sebalik warna asap ekzos.
Asap putih merupakan warna yang sering kita lihat keluar dari ekzos.
Jika ia keluar selama beberapa saat selepas anda hidupkan enjin, itu merupakan perkara biasa kerana itu mungkin proses pemeluwapan.
Akan tetapi jika asap putih cukup tebal yang keluar anda harus berikan perhatian.
Ini kerana itu merupakan antara petanda minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran serta berlakunya kerosakan pada enjin kenderaan anda.
Kemunculan asap putih juga mungkin membawa petanda berlaku kerosakan pada gasket silinder.
Jika ini berlaku, segeralah bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki segera.
ASAP HITAM
Andai kata ekzos kereta anda keluar asap hitam berkepul-kepul, itu merupakan satu petanda tidak baik.
Kemungkinan besar enjin kereta anda tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan.
Jadi apa yang perlu anda periksa ialah penapis udara kerana ada kemungkinan ia tersumbat.
Selain itu, cuba juga bersihkan penapis. Jika kondisinya teruk, tukar sahaja dengan yang baharu.
Namun jika anda dapati penapis udara keadaan baik, tetapi ekzos masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain ada masalah.
Jadi langkah terbaik selepas itu ialah bawa segera ke bengkel.
ASAP KELABU
Asap ekzos berwarna kelabu pula mungkin petanda enjin membakar minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston.
Perkara yang anda harus lakukan ialah perhatikan dengan baik supaya pembaikan dapat dilakukan segera sebagai langkah pemulihan.
Selain warna asap, anda juga boleh cuba cari bau atau hidu bau terbakar yang menunjukkan masalah pada komponen pengecas turbo.
Jika terdapat kerosakan seperti yang disyaki, baikilah dengan segera agar kerosakan lebih teruk dapat dielakkan.
Segera baiki apa yang patut bagi mengelak kos pembaikan yang lebih tinggi.
ASAP BIRU
Biru di sini bukanlah bermaksud kebiruan yang terang. Asap yang berwarna kebiruan ini membawa maksud terdapat kebocoran di dalam enjin.
Jika ini berlaku, enjing kereta anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak.
Jika ia keluar ketika memecut pula itu mungkin bermakna gelang piston yang rosak.
Manakala jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
Jadi perhatikanlah asap ekzos kereta anda untuk kenal pasti apakah kerosakan yang mungkin telah berlaku.
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Tue Oct 12 2021
Tahukah anda setiap warna asap keluar dari ekzos membawa petanda kerosakan berbeza? -Maskulin
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Nak balik kampung? Periksa dulu warna asap ekzos, mungkin petanda awal masalah kereta
Asap Ekzos Keluar Warna Putih & Beberapa Warna Lain, Ini Petanda Awal Kereta Ada Masalah - MASKULIN