awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak tambah pahala? Ini cadangan untuk anda

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
17/05/2018
10:44 MYT
Nak tambah pahala? Ini cadangan untuk anda
Kali ini #BajuRayaProject dijalankan di du alokasi serentak pada hari dan waktu yang sama - Foto: Astro AWANI
Anda tamak pahala?
Ini antara alternatif buat anda menjalani terapi ibadah, khususnya pada bulan mulia ini.
Sekiranya mempunyai masa dan waktu terluang, apa salahnya ringankan tangan bantu mereka yang memerlukan.
Buat tahun ke-6 berturut-turut, Pertubuhan Projek Kasih menggerakkan aktiviti tahunan mereka mengumpul baju raya, tidak kira sama ada terpakai atau pun baharu untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
BACA : Baju Raya Project: Hulurkan tangan, bantu mereka yang memerlukan
Bagaimanapun, sumbangan tidak hanya terhad kepada pakaian semata-mata.
Orang ramai juga boleh menyalurkan bantuan seperti beras dan susu.
“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini Baju Raya Project diteruskan dengan konsep dan misi yang sama.
“Cuma kali ini bezanya, kami menjalankan secara serentak di lokasi berlainan – Serdang dan Johor Bahru pada tarikh dan waktu yang sama,“ ujar Pengurus Projek bagi #BajuRayaProject, Musliyana Mansor.
Tahun ini #BajuRayaProject diadakan pada Sabtu, 26 Mei 2018 bertempat di Panggung Percubaan, UPM Serdang dan Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru.
Buat warga JB, sumbangan anda boleh dihantar ke Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru
Buat warga JB, sumbangan anda boleh dihantar ke Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru
Buat warga JB, sumbangan anda boleh dihantar ke Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru
Buat warga JB, sumbangan anda boleh dihantar ke Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini, Johor Bahru
“Selain daripada baju raya, beras dan susu, kami juga terima kuh-kuih raya untuk sumbangan.
Tapi buat masa ini, apa yang kami perlukan adalah sukarelawan untuk membantu kami melacarkan projek ini.
Sukaralewan-sukarelawan yang sudah dan akan berdaftar dengan kami anti akan membantu dari penerimaan sumbangan, pengagihan dan penghantaran. Mereka akan dibahagikan kepada kumpulan-kumplan tertentu agar ia mudah dan teratur”, jelasnya lagi.
Buat warga KL, sumbangan anda boleh dihantar ke Panggung Percubaan, UPM Serdang
Buat warga KL, sumbangan anda boleh dihantar ke Panggung Percubaan, UPM Serdang
Buat warga KL, sumbangan anda boleh dihantar ke Panggung Percubaan, UPM Serdang
Buat warga KL, sumbangan anda boleh dihantar ke Panggung Percubaan, UPM Serdang
Semua sumbanganberkenaan akan diagihkan kepada rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal, golongan asnaf/fakir atau mana-mana golongan yang memerlukan yang telah dikenal pasti.
Kepada anda yang berminat, maklumat lanjut boleh terus layari :
Facebook: Baju Raya Project Twitter/Instagram: @BajuRayaProject E-mail rasmi: [email protected]
Topic Berkaitan
#BajuRayaProject
#Facebook
#Instagram
#Johor Bahru
#Ramadan
#sedekah
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan