SETIAP orang mempunyai hobi tersendiri. Namun, tidak semestinya hobi yang dipilih berkait dengan gaya hidup seharian.
Kadang-kala, hobi yang dipilih itu jauh dan bertentangan sekali dengan bidang pekerjaan mahupun latar belakang karier.
Siapa sangka, Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia (BPMB), Tan Sri Nazir Razak yang dikenali sebagai seorang banker prolifik arif tentang permainan e-Sukan bola sepak.
Menerusi temu bual santai bersama Gempak, Nazir menjelaskan yang minatnya terhadap permainan video FIFA tercetus sekitar tiga hingga empat tahun lepas.
Begitupun, kekerapannya bermain permainan video berlaku ketika rakyat berkurung di rumah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sekitar dua tahun lalu.
“Saya ni bagus, pandai main FIFA di Playstation. Siapa nak lawan boleh try. Boleh cari saya secara online.
“Untuk permainan ini, kami ada 15 orang, tetapi kami akan rotate mengikut giliran. Tapi ikut, juga, kalau ada masa dan orang ajak main, saya mainlah.
“Tetapi, saya paling aktif bermain FIFA ketika PKP beberapa tahun lalu, sebab duduk rumah kan,” katanya sambil memberitahu yang kelab bola sepak kegemarannya adalah kelab Chelsea.
Dalam perkembangan terbaharu, Nazir kini muncul dengan buku berjudul Di Sebalik Nama, naskhah alih bahasa buku What’s In A Name yang laris dijual pada tahun lalu.
Terjemahan buku sulungnya yang mengisahkan tentang keluarganya dan bapanya yang merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua serta kerjaya dan jiwa Malaysia itu kini sudah mula berada di pasaran.
Buku versi bahasa Malaysia ditawarkan pada harga mesra pembaca iaitu RM49, manakala harga versi bahasa Inggeris ialah RM89.
Kedua-dua buku “Di Sebalik Nama” terbitan Alaf 21 dan “What’s in A Name” terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sat May 14 2022
Nazir semakin kerap bermain permainan video ketika rakyat berkurung di rumah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sekitar dua tahun lalu. - Gempak
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
Adaptasi filem, Nazir Razak pilih Syafiq Kyle?
Tokoh perbankan negara itu kagum dengan lakonan Syafiq Kyle drama Astro Original, One Cent Thief.